PEMBINA Menjulang Misi Bertindak Berani

BANGI, 31 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-11 (MATK11) Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) membawa tema Menjulang Misi Bertindak Berani.

Menjulang Misi membawa maksud para aktivis PEMBINA sama-sama bekerja bagi mencapai 7 Misi Pembina 2030.

Menurut Mohd Eqhwan bin Mohd Roslan, Presiden PEMBINA semasa ucapan dasarnya bertindak berani bukan bermaksud bertindak bodoh atau tergesa-gesa tetapi tegas dalam menyatakan pendirian, mengambil risiko apabila perlu, mencuba apabila melihat peluang dan meneroka segmen-segmen mahasiswa yang masih belum dicuba.

“Bertindak berani bermaksud berani berhadapan dengan pejuang-pejuang sonsang, mematahkan hujah-hujah mereka, mendedahkan kerendahan dan kecacatan ideologi mereka.

“Bertindak berani membawa maksud tidak lagi ragu-ragu untuk bertindak apalah telah berdiri keyakinan dalam pendirian kita. Jika tidak, perjuangan sonsang yang berani akan terus merebak seperti kanser yang bakal merosakkan negara,” katanya.

Tegasnya lagi PEMBINA adalah dalam satu perjuangan yang sama untuk membina masa depan yang diinginkan dalam acuan Islam yang diredhai Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top