PEMBINA Membina Mahasiswa Untuk Jadi Lebih Hebat

SHAH ALAM, 30 Nov- ‘Sekiranya anda ingin mengubah masyarakat terutama sekali golongan mahasiswa untuk kembali kepada Islam, marilah bersama kami untuk menerajui arus mahasiswa’ kata saudara Mohammad Thaqif Bin Taher yang baru sahaja menerima penganugerahan Anugerah Naib Canselor dalam bidang pengajian Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak.

‘Dan inilah apa yang kami lakukan dalam PEMBINA.

‘Kami membawa manusia untuk menjadi lebih hebat’, kata beliau lagi yang merupakan Ketua Pakej Tarbiah Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau yang kini menyambung pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat berkongsi tips belajar yang cemerlang dengan menulis kata – kata motivasi di dinding sebagai perangsang dan semangat belajar.

‘Cari tujuan belajar, doa sungguh-sungguh dan jaga hubungan dengan Allah’, jelasnya lagi.

Harapan beliau adalah dapat membina orang lain lebih baik daripada dirinya sendiri.

 

Wartawan
Farhanah Fauzi

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top