PEMBINA membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan UEC

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) membantah sekeras-kerasnya hasrat kerajaan untuk
mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Hasrat ini merupakan kenyataan yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie
Ching yang baru sahaja beberapa hari dilantik sebagai menteri. Walaupun ianya masih di fasa awal
cadangan, PEMBINA sememangnya tidak bersetuju jika UEC diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Image result for uec sekolah cina

Tuntutan UEC ini perlu dilihat daripada kaca mata kepentingan perpaduan kaum serta kesan jangka
masa panjang terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
pengiktirafan UEC ini ibarat api dalam sekam kerana sekiranya ia ditunaikan, secara perlahan-lahan
akan memberi kesan kepada perpaduan kaum yang telah dipelihara sejak sebelum merdeka lagi.
Umum mengetahui bahawa bahasa kebangsaan merupakan laras kesatuan yang menyatupadukan
rakyat berbilang kaum di negara kita ini. Sijil UEC yang menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa
pengantar sememangnya menimbulkan kerisauan terhadap bakal pelajar yang akan diterima masuk
ke dalam IPTA. Kebanyakan IPTA menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Oleh itu,
bagaimana corak perpaduan di IPTA sekiranya tahap penguasaan bahasa kebangsaan kurang
memuaskan?.

 

Ambil sahaja contoh sekolah sistem vernakular yang sedia ada, tidak cukupkah segregasi yang berlaku
antara sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah kebangsaan (SK) sehingga mengakibatkan anakanak
Melayu, India dan Cina kekok untuk berinteraksi antara satu sama lain?. Inikan pula ditambah
lagi dengan pemisahan silibus pembelajaran melalui UEC yang mana sememangnya bertentangan
dengan Dasar Pendidikan Negara. Ianya sememangnya memberi kesan yang buruk kepada jurang
perpaduan antara kaum di Malaysia.

 

PEMBINA membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan UEC ke dalam IPTA. Oleh itu, PEMBINA
mencadangkan agar sistem pendidikan yang sedia ada di kekal dan diperkasakan semula mengikut
Dasar Pendidikan Negara yang telah dirangka sebelum ini. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga
harus memahami dasar-dasar yang dibentuk oleh kerajaan yang bertujuan ke arah membentuk
perpaduan rakyat. Sebarang pembaharuan yang ingin dicadangkan Kementerian Pendidikan juga
seharusnya perlu dikaji dengan teliti agar ianya tidak menjadi dasar “tangkap muat” yang mana akanmemberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Wallahualam .

“Sayangkan Negara”

“Meneraju Arus Mahasiswa”

Wafiq Bin Azman
Naib Presiden 1
Persatuan Belia Islam Nasional