PEMBINA KUIS terima anugerah di ASK

kuis

BANGI, 20 Dis – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)  telah memenangi Anugerah Publisiti Terbaik di Anugerah Sinar Kepimpinan (ASK) anjuran sekreteriat kelab dan persatuan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) disini semalam.

Anugerah berprestij KUIS ini telah diadakan di Pusat Konvensyen, KUIS dan telah dihadiri oleh lebih 50 kelab dan persatuan yang berdaftar dan bernaung di bawah KUIS.

Dengan kemenangan yang diperolehi, Presiden PEMBINA KUIS, Ibrahim Bin Azran,22, telah meletakkan harapan yang besar untuk PEMBINA KUIS khususnya untuk terus menunjukkan qudwah yang baik  kepada ummah.

“Anugerah ini adalah sebuah titik tolak kepada PEMBINA untuk terus maju dalam usaha meneraju arus mahasiswa. Semoga ianya menjadi penolak untuk para penggerak PEMBINA meminpin para pemuda pemudi di kampus.

“Tahniah kepada semua mahasiswa khususnya Sekreteriat Kelab dan Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar atas penganjuran Anugerah Sinar Kepimpinan 2015,” ujarnya.

Oleh :

Aishah Addin

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top