PEMBINA Kecam Kenyataan Khalid Samad

BANGI, 9 Okt- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengecam sekerasnya kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak ada halangan untuk membenarkan pesta arak, ‘Oktoberfest’ untuk terus dijalankan kerana ianya anjuran orang bukan Islam.

Menurut Presiden PEMBINA, Ibrahim Mohd Hasan, beliau sedih apabila seorang pemimpin Islam tidak mampu mengambil tindakan dalam menghalang kegiatan tidak bermoral itu, tetapi mengambil tindakan membenarkannya.

“Sedih apabila melihat MP Shah Alam seorang Muslim tetapi tidak dapat membezakan antara minum arak dan pesta arak”, tegas beliau di dalam akaun laman sosial ‘facebook’ miliknya.

Pada masa yang sama, beliau memberi cadangan kepada para pengundi untuk menasihati Khalid Samad agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam.

download

“Sekurang-kurangnya pengundi beliau boleh memberi nasihat supaya beliau sedar dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin Islam”, sambung beliau dalam status facebooknya.

Khalid Samad sebelum ini memberi kenyataan di ISMAweb berkenaan pendiriannya yang tidak akan menghalang penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ kerana Malaysia negara majmuk dan penganjurnya merupakan orang bukan Islam.

Pesta arak ‘Oktoberfest’ merupakan anjuran Carlsberg yang telah bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.
Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Nashrul Izwan Abdul Aziz
Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top