PEMBINA GOMBAK KE ARAH ORGANISASI KUKUH 2020

GOMBAK, 24 Januari – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Gombak telah membuka lembaran tahun 2018 dengan mengadakan retreat tahunan cawangan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada hari sabtu dan ahad yang lalu, di sini.

Dalam usaha menyahut seruan Visi Organisasi Kukuh 2020 PEMBINA, retreat PEMBINA Cawangan Gombak pada kali ini telah mempersiap sediakan PEMBINA Gombak dalam merangka strategi dan gerak kerja ke arah itu.

Hasil perbincangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa cawangan serta Jawatankuasa IPT Gombak ini telah berjaya membawa kepada beberapa kata sepakat dan idea-idea yang realistik dalam mencapai Visi Organisasi kukuh 2020 PEMBINA.

“Kita akan cuba membaiki kelompongan yang ada dan melahirkan pelapis-pelapis yang konsisten serta berkualiti agar dapat memacu PEMBINA kehadapan sebagai sebuah organisasi kukuh menjelang tahun 2020.

Pada masa yang sama, kita juga melihat kepentingan memperkasakan nilai tarbawi dalam setiap diri aktivis PEMBINA agar PEMBINA akan kekal melahirkan agen-agen dakwah yang membentuk jati diri muslim dalam diri mahasiswa mahasiswi di seluruh Malaysia.” kata Hassriq Hafize, Pengerusi PEMBINA Cawangan Gombak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top