Don't miss
- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 52 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 57 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 92 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 122 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 190 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 235 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 251 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 255 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 278 days ago
PEMBINA Ambil Berat Pembangunan Ahli – Presiden
By pembina on June 11, 2011
BANGI, 11 Jun 2011 – Kunjungan rombongan beliawanis PEMBINA Melaka ke Pejabat Pusat PEMBINA disambut sendiri oleh Presiden PEMBINA Norzafry Norhalim dan Sekretariat Beliawanis Roszida Kamaruddin. Presiden PEMBINA dalam ucapannya kepada perwakilan dari Melaka itu telah menjelaskan perancangan semasa dan akan datang PEMBINA untuk memacu aktivisme mahasiswa di institusi pengajian tinggi.
Norzafry menegaskan bahawa PEMBINA amat mengambil berat soal pembangunan ahli. Ini kerana kualiti serta kuantiti ahli adalah faktor utama dalam menentukan kejayaan agenda PEMBINA untuk memacu aktivisme mahasiswa. Norzafry menekankan elemen-elemen seperti berkorban, mengenalpasti keutamaan, serta bersegera dalam kebaikan sebagai ciri-ciri yang perlu ada pada ahli PEMBINA.

Rombongan seramai 16 ahli PEMBINA dari Melaka itu berkesempatan beramah mesra dengan JKP PEMBINA sebelum majlis makan tengahhari bersama.
-Media PEMBINA-
