PEMBINA bakal lancarkan pasukan debat PEMBINA

PEMBINA bakal lancarkan pasukan debat PEMBINA

PUNCAK ALAM, 22 APRIL – Presiden PEMBINA ketika ucapan dasar beliau ada memberikan penekanan mengenai pasukan debat PEMBINA.

Beliau berkata melalui ucapannya “Antara inisiatif lain yang dijalankan adalah soal jawab isu-isu kepimpinan, dengan mengumpulkan soalan-soalan berkenaan cabaran-cabaran kepimpinan yang dihadapi aktivis-aktivis Pembina dari seluruh Malaysia. Bakal dilancarkan pada hari ini juga adalah terbitan berkala yang menjawab persoalan-persoalan berkenaan kepimpinan. Kami daripada Jawatankuasa Pusat juga telah mengambil langkah proaktif untuk melatih diri sendiri, dengan mencari mentor masing-masing.”

Antara kemahiran lain yang diperlukan dalam suasana kompetetif kepimpinan adalah kemahiran debat. Oleh itu, pada tahun ini kita akan melancarkan inisiatif debat, bagi melatih aktivis-aktivis PEMBINA menyampaikan serta mempertahankan idea dan pendirian dengan berkesan di mana sahaja ia disampaikan.

Selain itu, PEMBINA juga mengajak aktivis-aktivisnya untuk aktif dalam bidang penulisan baik perkongsian pengalaman atau pandangan dan disarankan untuk menghantarkan artike ke media-media dan akhbar arus perdana, juga untuk menertai dan menganjurkan dialog yang melibatkan badan-badan mahasiswa dan belia lain. Ahli PEMBINA disarankan untuk keluar dan menyampaikan agenda PEMBINA yang syumul ini. Juga dinasihatkan agar terus membina hubungan yang baik dengan badan-badan belia lain secara strategik.

Disediakan oleh Muhammad Syafiee (Wartawan PEMBINA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top