Pabila akidah umat Islam dicabar!

Ketika akidah umat semakin rapuh

Ketika pencairan akhlak Islami semakin membarah

Bertalu-talu musuh melemparkan bom serangan ke bumi ini

Bumi tanah warisan pejuang Islam dahulu kala

Bumi yang katanya aman sentosa..

 

Kristianisasi

Suatu proses pencairan aqidah yang terlalu halus

Menghunus senjata ideologi dengan rakusnya

Angkara puak evangelis

Yang bertopengkan kesamarataan agama

Yang berlindung di bawah nama hak asasi manusia

Menerobos masuk menyebarkan ajaran mereka dengan sewenang-wenangnya

Bagi mereka

“Tidak perlu kau masuk dalam agama kami

Kecairan aqidahmu dan kelonggaran amalan agamamu sudah cukup buat kami ketawa”

 

Dan kali ini

Umat Islam dicabar lagi

Dengan isu Kalimah Allah

Mengapa ia dipolemikkan?

Mengapa terlalu menjaga hati puak kuffar yang sudah melanyak agamamu dalam diam dan terancang?

Wahai ummah,

Peganglah kalam Allah ini

ولن ترضى عنك اليهود ولن النصارى حتى تتبع ملتهم

Tidak sesekali!

Tidak sesekali orang Yahudi dan Nasrani redha denganmu selagi kamu, kamu tidak mengikuti agama mereka!

 

Nah, untuk apa lagi kita mahu bersangka baik pada musuh agama Allah ini?

Mahu menanti umat islam terus tersungkur di kaki musuh?

 

Wahai ummah,

Getarkan jiwamu tatkala agama kita semakin dipermain-mainkan

Gegarkan jasadmu tatkala agama kita semakin dipandang hina

Dan wahai musuh Allah,

Dengar sini baik-baik!

Bagimu agamamu, dan bagiku agamaku!

Aku pejuang agama Allah dan selamanya akanku pastikan Islam terus berdiri pada maqam

paling tinggi!

 

Oleh

Radhiah

Radhiah Syahida,Penolong Ketua Biro PSM Pembina Gombak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top