Orang yang berjaya adalah orang yang lebih baik dari semalam

25 feb

BATU PAHAT, 4 Mac – “Orang yang berjaya adalah orang yang baik daripada sebelumnya dan orang yang terpedaya adalah orang yang pada hari ini sama dengan hari sebelumnya,” kata aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor, Nadiah Ishak.

Beliau berkata semasa slot perkongsian “Langkah Bermula” bersama ahli PEMBINA Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini baru-baru ini.  

Beliau kini sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) UTHM dan intipati perkongsian telah menyuntik semangat ahli-ahli Pembina untuk terus bersemangat dalam tarbiyah dan dakwah.

Berkongsi pengalaman, fasa bermula apabila Nadiah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di salah sebuah universiti di Australia selama lima tahun dan mampu mendidik diri beliau untuk lebih proaktif mengenali agama Islam itu sendiri.

Ujarnya, melalui usrah boleh membantu diri untuk mencungkil bakat terpendam, membaiki kemahiran komunikasi dan seterusnya mengubati tekanan seorang pelajar ketika sesi pembelajaran.

 “Pendek kata usrah itu awesome!” katanya dengan penuh semangat dan mengakhiri slot perkongsian.

Kesimpulannya, sebagai seorang mukmin kita perlulah sentiasa memperbaiki iman dan lebih mengenali agama Islam itu sendiri agar kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah SWT.

Nur Syazwani Aqilah Binti Mohamad Aris

Wartawan Pembina

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top