Muslimah haruslah pilih kerjaya patuh syarak

zid

BANGI, 6 Jun – Seorang muslimah harus dari awal memilih aktiviti atau kerjaya yang tidak melanggar syariat Allah,” tegas ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Beliau berkata demikian menyentuh isu terbaru berkenaan pemakaian atlet gimnastik negara.

Beliau menambah lagi, sukan mahupun kerjaya adalah sebuah pilihan yang ditentukan setiap individu, maka buatlah pilihan terbaik berdasarkan minat dalam masa yang sama tetap dalam kerangka sayariat.

Banyak sukan yang membuang rasa malu para atlet dengan membiarkan pemakaian yang seolah-olah tidak berpakaian, termasuklah sukan gymnasium. Malah sukan ini berasal dari perkataan Greek, Gymnazean yang bermaksud “to exercise naked”.

Wanita tidak pernah dihalang untuk bersukan,cuma perlu menitik beratkan hukum syarak dalam pemakaian sukan, bahkan banyak contoh atlet muslimah yang mampu berjaya dalam keadaan masih menutup aurat dengan sempurna.

PEMBINA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet negara sukan raffle saudari Ayuni Farhana Abdul Halim kerana menjadi role model terbaik muslimah dalam arena sukan.

Selain dari itu Saudari Roszida melihat yakin dan optimis kerajaan dan masyarakat mampu membuat transformasi dalam industri sukan negara bagi menyediakan alternatif kepada muslimat untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Bahkan sudah ada beberapa perubahan positif kepada pemakaian atlet sukan hoki dan bola jaring yang membenarkan atlet bertudung walaupun perlu kepada penambahbaikan lagi.

“Sekiranya JAKIM baru-baru ini mampu menyediakan garis panduan hiburan konsert di Malaysia, saya optimis JAKIM mampu sediakan garis panduan untuk arena sukan pula”. saran beliau.

1 thought on “Muslimah haruslah pilih kerjaya patuh syarak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top