SEPANG, 12 Dis – Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) 3.0 menekankan kelangsungan dakwah melalui mobiliti pendakwah di IPT demi membentuk generasi Islam yang kita idamkan demikian pembentangan Kemampanan Dakwah PEMBINA oleh JK Pembangunan Organisasi Pusat (JKPO), Saudari Nur Nazura Salim.

Dengan penambahan ahli 10,000 ahli untuk tahun 2016 di seluruh cawangan, PEMBINA menekankan tentang bagaimana organisasi PEMBINA mahu membentuknya dari pelbagai sudut menurut JKPO lagi.

PEMBINA menyediakan pelbagai jenis pelatihan yang mampu meningkatkan kefahaman,kemahiran dan membina sahsiah ahli itu sendiri.

PEMBINA amat berharap agar dapat melahirkan mahasiswa yg berkualiti melalui produk-produk PEMBINA dan mampu menjadi generasi yang mewarisi gerakan dakwah pada masa akan hadapan.

HIMMAH 3.0 berharap agar semua ahli PEMBINA dapat merebut peluang yang ada kerana PEMBINA mampu mempersiapkan barisan ahli yang bersandarkan al Quran dan as Sunnah.

Author media

More posts by media

Leave a Reply