MENGGENGGAM IJAZAH DEMI RISALAH

photo_2015-10-26_22-01-03

Bismillahirrahmanirrahim.

Ingin saya berkongsi tentang sesuatu yang sangat saya hargai sepanjang kehidupan saya di Universiti. Semoga dengannya ada yang akan terinspirasi.

Dilamar oleh PEMBINA, persatuan yang membawa pelbagai erti. Mengenali tarbiyah, sesuatu yang berat namun hakikatnya sangat indah.

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu PERNIAGAAN yang dapat MENYELAMATKAN kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan BERJIHAD di jalan-Nya dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga ‘Adn. Itulah KEBERUNTUNGAN YANG BESAR.” (as-Saff: 10-12).

Sebagai aktivis PEMBINA. Kami diajar untuk menjadi mahasiswa yang “berniaga”

Kami diajar untuk menyibukkan hidup dengan agenda umat, namun dalam masa yang sama menjadi mahasiswa yang cemerlang pengajiannya,

Kami dididik agar menjadi anak yang disenangi orang tua dan keluarganya, sahabat yang dicari dan menjadi rujukan.

Kami dilatih agar menjadi pejuang yang sedar arahan isytihar perang tiada waktu yang tepat.. Maka dia perlu sentiasa bersedia dengan perkara yang dia tidak sedia.

Sepanjang di UM, aktivis PEMBINA selalu ditanya soalan sebegini :
“Awak ni sibuk sangat. Macam mana awak bahagikan masa? Bila masa awak study? Tak penat ke?”

Demi Allah…hanya DIA yang Maha Mengetahui betapa sakitnya meneguhkan diri berada di jalan ini.

Saat kawan-kawan berehat santai selepas seharian penat berkuliah.. Kami gagahkan diri ke usrah, mesyuarat dan program-program tarbawi.

Saat kawan-kawan lain seronok melayan movie bagi menghilangkan stress… Kami menambahkan stress dengan memikirkan pengurusan program untuk mendekatkan mahasiswa dengan Islam.

Saat kawan-kawan makan Nando’s dan Kenny Rogers… Kami mengikat perut dan kira-kira duit tambang untuk ke program-program tarbawi dan infak dakwah.

Saat kawan-kawan telefon rakan sebaya dan boyfriend…kami telefon keluarga dan akhwat minta doa agar diberi kekuatan dan dapat mengubat sakit, pedih serta beratnya perjuangan ini..

Saat kawan-kawan sedang lena tidur di hening malam, kami mengalirkan air mata sujud memohon keampunan dan bersengkang mata mengulangkaji pelajaran bagi mengganti masa yang telah diinfakkan untuk dakwah.

Dan akhirnya, Alhamdulillah… Kejayaan yang sama
telah dicapai oleh kami dan rakan-rakan yang lain. Tapi, kami sangat bersyukur, kerana hidup kami dihiasi dengan tarbiyah dan kami telah memperoleh ijazah dan risalah.

****
Saya cukup tak setuju bila orang takut mendekati malah telah menjauhi aktivis PEMBINA sebab mereka dakwa kami sombong dan “isolated” dari mahasiswa dan masyarakat. Siapa cakap?

Saya mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Belia Islam Nasional UM, namun juga merupakan :

Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Farmasi Universiti Malaya (Pharmsoc)

Mantan Bendahari Malaysian Pharmacy Students’ Association (MyPSA)

Mantan Penolong Ketua Unit Farmasi Persatuan Siswa Siswi Islam Perubatan UM

Mantan Timbalan Ketua Pemudahcara Mahasiswa KKTB

Selain berpersatuan, juga telah menyertai pelbagai projek kolej dan fakulti sepanjang pengajian saya.

Jadi, jangan salah sangka dengan mengatakan kami aktivis PEMBINA sombong dan suka menjauhi masyarakat. Tidak sama sekali. Malah, dengan masuk ke dalam masyarakat inilah kami dapat menyantuni lebih ramai orang yang benar-benar inginkan tarbiyah.

Makanya, lain kali jangan takut nak dekat dan sertai kami ye. Aktivis PEMBINA cool je.

*****
Menjadi aktivis PEMBINA dan menyertai beberapa persatuan lain, dalam masa yang sama merupakan mahasiswa yang sentiasa dipenuhi dengan assignments dan tests, pelbagai cabaran terpaksa saya tempuh dengan penuh kepayahan.

Alhamdulillah, akhirnya saya telah Berjaya menamatkan pengajian Bachelor of Pharmacy (Honours).

Inilah pengalaman saya yang sungguh bermakna.
Pengalaman berjual beli

sepanjang pengajian di universiti…

Setakat ini tidak pernah rugi..
Malah keuntungan yang saya dapat… Syukur Alhamdulillah.

Di dalam scroll yang saya pegang ini, tercatit seribu satu pengalaman..

Di dalamnya juga tercatit nama-nama insan yang telah mentarbiyah saya sepanjang hidup.

Mereka insan-insan yang sangat hebat!!

Dan saya yakin dari rahim-rahim mereka ini akan lahir pewaris dakwah, penghafaz quran, generasi yang akan membebaskan al-Aqsa, dan para syuhada…

Saya terinsipirasi dengan mereka!

Terima kasih kepada semua insan yang telah mengajar saya erti tarbiyah! Infiniti penghargaan kepada semua pendidik saya.

****
Cerita panjang-panjang ni, nak sampaikan 1 point penting sebenarnya,

PEMBINA INSPIRASI KEJAYAAN MAHASISWA!!

Sekali lagi dengan ‘izzahnya saya nyatakan,

PEMBINA INSPIRASI KEJAYAAN MAHASISWA!!

Betapa bertuahnya saya kerana dipilih Allah S.W.T untuk menyertai barisan mereka.

Tahniah kepada aktivis PEMBINA, kerana anda telahpun menghadapi alam universiti dengan jayanya dan kini meneruskan perjuangan untuk membangkitkan umat yang sedang lena tidur!

P/s : Terus terang, saya lihat, kebanyakan aktivis PEMBINA mudah mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Tidak perlu menunggu lama, kerana mereka sangat laku di pasaran, mungkin kerana “softskills” yang telah mereka pupuk sepanjang di Universiti.

Andai anda juga mahu menjadi belia yang hebat, ayuh daftarkan diri bersama PEMBINA hari ini!

PEMBINA, Meneraju Arus Mahasiswa!

#‎ijazahdemirisalah
#‎mumtazuntukummah
#‎tarbiyahbersamaPEMBINA
#‎PEMBINAMenerajuArusMahasiswa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top