salahkah aku sambut valentine

Menangis Kerana Allah Itu Terapi Jiwa

Menangis itu satu terapi jiwa, tatkala ia dihubungkan dengan Allah S.W.T. Air mata itu ibarat air hujan, sungguh mendamaikan dan menenangkan.

Menangislah, jika dengan itu dapat mendekatkan dirimu dengan Allah S.W.T serta memberi ketenangan pada jiwa yang sedang sarat.

” Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”

(HR Tabrani)

” Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak lagi diuji? ”

(29:2)

Ujian itu tanda kasih sayang Allah S.W.T.,  tanda Allah rindu mendengar rintihan dan doamu.

Dalam ujian itu terdapat banyak seni, iaitu mengumpul pahala dari Allah, bersahabat dengan kesabaran, berzikir dengan ikhlas, serta setia menanti pertolongan Allah. Akhirnya kamu akan memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya.

Maka bersabarlah…

Sabarlah menanti pelangi itu muncul selepas hujan.

 

Nazatul Shima Jin Samsudin

JK Politik Kampus PEMBINA KL

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top