Membina Jati Diri Belia Fokus Teras PEMBINA

BANGI, 31 Mac – “Fokus teras kita sentiasa pada membina jati diri belia khususnya mahasiswa. Kita membina generasi yang kita inginkan pada masa hadapan, pada hari ini. Kita menggarap belia dan berdakwah, sebelum mereka hanyut”, tegas Eqwan Roslan selaku Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dalam ucapan dasar Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-11 Persatuan Belia Islam Nasional (MATK PEMBINA)

Mesyuarat yang telah berlangsung di Institut GENOM Malaysia, telah dihadiri seramai hampir 200 orang perwakilan dan pemerhati yang merupakan aktivis PEMBINA seluruh Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Agung ini.

Tema MATK 10 iaitu “Membangun Rijal, Menggalas Kepimpinan” diteruskan.  Projek Rijal Qudwah bertujuan membentuk jati diri pemuda yang tulen dan benar seterusnya tampil menggalas kepimpinan dengan penuh keyakinan.

Beliau menggesa seluruh aktivisme PEMBINA agar lebih proaktif dalam membentuk jati diri dan kepimpinan yang lebih telus dan mempunyai penghayatan Islam yang sebati dalam kehidupan.

 

NURUL AIN BINTI ABDULLAH
WARTAWAN PEMBINA

 

Author Nor Syamimi

More posts by Nor Syamimi

Leave a Reply