- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 52 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 57 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 93 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 122 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 190 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 235 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 251 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 255 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 279 days ago
Mahasiswa perlu sedar ancaman Islam liberal

Besut, 3 Julai: Bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Sultan Mizan Terengganu, saudara Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad Jawatan Kuasa Politik Kampus PEMBINA, telah dijemput menjadi ahli panel bagi forum yang bertajuk “Bahaya Islam Liberal”. Forum ini merupakan anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Jawatan Perwakilan Pelajar IPG Sultan Mizan dan PEMBINA Kelantan.
Dalam forum ini saudara Uzair menegaskan ancaman Islam Liberal ini telah meresap kedalam masyarakat tanpa disedari. Liberal memperjuangkan fahaman membebaskan diri dari terikatan pendapat dan memperjuangkan kebebasan mutlak. Islam sebagai agama yang syumul telah menetapkan ketetapan (dhawabit) yang perlu dipatuhi. Islam juga mempromosikan kebebasan, namun setiap kebebasan pasti ada batasan demi menjaga maslahat umum.
Mengambil contoh demonstrasi mansuhkan PTPTN di ibu negara, segelintir mahasiswa menuntut hak dan kebebasan mereka untuk berkhemah di Dataran Merdeka sedangkan undang-undang melarang membina struktur disekitar kawasan tersebut tanpa permit. Saudara Uzair mendedahkan demonstrasi yang disertai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan gerakan Occupy Dataran telah menghalang pihak berkuasa DBKL daripada mengambil tindakan atas dasar hak dan kebebasan.
“Apabila ada segelintir mahasiswa melaungkan kebebasan dan hak, kita perlu mengkaji adakah mereka (mahasiswa) merujuk kepada hak dan kebebasan Islam ataupun Barat? Kalau merujuk kepada kebebasan infiniti (mutlak), maka itu adalah fahaman Liberal” ujar beliau.
Jelas beliau lagi, golongan yang telah terpengaruh dengan fahaman Islam Liberal akan mentafsir Al-Quran dengan cara yang salah. Seperti isu murtad, golongan Islam Liberal menggunakan ayat 256 surah Al-Baqarah sebagai dalil yang membenarkan murtad, sedangkan konteks ayat tersebut ialah tidak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Badan-badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam (SIS), Islamic Renaissance Front (IRF) ialah antara gerakan yang aktif mempromosikan Islam Liberal. Portal berita Malaysiakini juga giat menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan Islam Liberal.
Forum yang berjalan selama dua jam ini bertujuan menerangkan kepada peserta mengenai definisi Islam Liberal dan bahayanya kepada mahasiswa dan masyarakat. Selain itu, forum ini juga membongkarkan isu-isu semasa berkaitan ancaman Liberalisme dan solusi untuk menghadapi permasalahan yang timbul.
Rakan panel untuk forum ini ialah Dr Abdullah Mohamad dari JAPIM dan forum ini dikendalikan oleh saudara Asraf Hadzwan YDP JPP selaku moderator. Seramai lebih 400 peserta telah hadir.

JK Politik Kampus PEMBINA
Persatuan Belia Islam Nasional
