was successfully added to your cart.

PEMBINA Kuala Lumpur menyeru mahasiswa untuk menyertai Himpunan Daulat 812 di Dataran Merdeka 8 Disember 2018, Sabtu ini. Mahasiswa perlu bangkit dari kelesuan aktivisme di kampus dan kembali menjadi mahasiswa yang matang memainkan peranan di tengah masyarakat membawa agenda umat dan negara ini.

Mahasiswa perlu cakna tentang isu–isu kenegaraan tanah air yang berlaku terutama semenjak kebelakangan ini. Bukan sekadar isu politik, tetapi juga isu – isu melibatkan maruah dan kedaulatan agama Islam dan bangsa, Intitusi Raja-raja Melayu dan kedaulatan Perlembagaan Malaysia. Ini adalah isu pokok identiti negara ini, dan mahasiswa generasi ini wajib sedar dan bangkit menggalas tanggungjawab melindungi identiti negara serta menyuarakan bantahan terhadap mereka yang berniat untuk mengkhianati dan mencabulnya.

Usia mahasiswa adalah usia emas. Amatlah rugi jika ia disia-siakan dengan terperangkap dengan politik kepartian sempit serta pengaruh ideologi dan cara hidup asing. Orang muda adalah benteng negara, dan mahasiswa merupakan sebahagian besar daripada batu binaan benteng tersebut.
Kekuatan sebuah tamadun bangsa bukanlah terletak pada golongan tertentu sahaja, tetapi pada setiap lapisan generasi yang dilahirkan. Bangkit sebelum terlambat, peristiwa bersejarah bakal berlangsung pada 8 Disember 2018 ini.

Ayuh jangan jadi mahasiswa yang tertinggal! #mahasiswaturun812!

Rais Abdul Rahman,
Pengerusi Cawangan Pembina Kuala Lumpur.

Author Nor Syamimi

More posts by Nor Syamimi

Leave a Reply