Pemalu ketika di sekolah, Lelaki ini berubah dengan PEMBINA

Pemalu ketika di sekolah, Lelaki ini berubah dengan PEMBINA

Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Melaka 2017 kali ini telah mengorak langkah baru kerana buat pertama kalinya telah diadakan di Dewan Auditorium, Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Hampir 200 orang pelajar lepasan sekolah sekitar Melaka telah menghadiri program ini.

Dalam Slot Forum: Survival di Kampus. En Farhan Abdullah, telah berkongsi mengenai budaya 4K iaitu (Kuliah, Katil, Kafe, Komputer) yang sedang melanda mahasiswa di kampus buat masa ini.

“Mahasiswa perlu berhenti dari terjebak dalam perkara seperti ini kerana budaya tidak sihat ini menyebabkan mahasiswa tidak mempunyai nilai tambah yang dicari majikan dalam zaman pekerjaan yang kompetitif ini”

“Nilai tambah ini pada saya hanya boleh diperolehi mahasiswa apabila mahasiswa terlibat dengan aktivisme berpesatuan. Saya sendiri ketika di sekolah menengah seorang yang pemalu. Setelah terlibat dengan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) semasa tingkatan 4 dan 5 ketika di Perak, kemudian di Kolej Matrikulasi Perak terlibat dengan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan kemudian terus bersama PEMBINA di Universiti Teknikal Malaysia Melaka( UTeM) saya mampu bercakap di hadapan orang ramai dengan menyertai PEMBINA” tambah beliau lagi.

Slot forum ini turut menampilkan ahli panel yang melibatkan Encik Farhan Abdullah, Jurutera, Encik Syed Aizuddin, Pensyarah Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, dan Cik Nur Amnina, Mahasiswi Perakaunan di New Zealand.

Wan Mohd Amir B Wan Mohamad Zaharuddin
Pengerusi PEMBINA Cawangan Dungun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top