- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 79 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 84 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 119 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 149 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 217 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 262 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 277 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 282 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 305 days ago
Kursus Photoshop & Design PEMBINA

Bertempat di Shah Alam , pada 5 April 2009, PEMBINA Shah Alam Klang telah berjaya menganjurkan sebuah kursus ringkas penguasaan kemahiran Photoshop dan seni rekaan grafik. Kursus ini merupakan projek perintis dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar di kalangan ahli PEMBINA untuk memanfaatkan media sebagai satu cara penyebaran mesej yang efektif.
Bermula pada lebih kurang 10 pagi, para peserta didedahkan mulanya dengan kemahiran penguasaan teknikal Photoshop melalui slot 1 kursus ini. Para peserta diterangkan fungsi dan kemampuan sebenar hampir setiap alat-alat di dalam Photoshop melalui cara demonstrasi, penerangan, dan sedikit nota sebagai bantuan.
Selepas berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari, slot 2 dimulakan. Di dalam slot ini para peserta diuji kemahiran teknikal Photoshop yang diajar melalui tugasan-tugasan berkumpulan yang praktikal dan berbentuk realiti. Hasil-hasil kerja kemudiannya dinilai sesama peserta dan diberi kritikan membina oleh Fasilitator.
Slot ini kemudiannya disusuli oleh slot terakhir di mana para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dan kefahaman tentang nilai-nilai yang penting dalam menghasilkan satu rekaan grafik yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej serta memberi impak yang besar kepada para penonton di kalangan masyarakat belia yang serba moden.
Hampir kesemua peserta menyatakan kepuasan setelah mengikuti kursus ini walaupun ringkas dan padat. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang dengan izin Allah. PEMBINA sangat mengambil berat tentang pembinaan potensi dan kemahiran ahli dan kursus ini merupakan antara projek-projek yang telah dirancang oleh PEMBINA dalam rangka itu. Diharapkan melalui kursus ini PEMBINA dapat melahirkan ramai lagi tenaga pakar di dalam bidang media untuk manfaat penyebaran mesej PEMBINA.





Roslan
01/18/2012 at 3:42 PM
Bila akan dianjurkan lg kursus photoshop ini dan berapa bayarannya…