Kuasa Anak Muda Memilih Pemimpin

BANGI, 31 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-11 Persatuan Belia Islam Nasional (MATK PEMBINA) telah dirasmikan oleh Muhammad Farid Hussin selaku Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Beliau menegaskan bahawa mahasiswa harus sedar dan bangkit dalam memilih dan menjadi pemimpin akan datang. Beliau juga menekankan peranan anak muda yang besar dalam memilih dan membina kepimpinan yang boleh melindungi kepentingan Islam dalam pentadbiran dan kemasyarakatan.

“Anak muda zaman kini harus menggunakan kuasa yang mereka ada untuk memilih pemimpin Islam berwibawa lebih-lebih lagi pada Pilihanraya Umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“PEMBINA menyediakan satu lapangan terbaik untuk mengasah kemahiran yang relevan dalam kehidupan serta dapat mengembangkan potensi diri ke arah menjadi muslim yang bertaqwa”, tambahnya lagi.

Di akhir ucapannya, beliau menyeru agar para aktivis PEMBINA agar sedaya upaya mengembangkan potensi yang lebih komprehensif dalam membentuk sikap kepimpinan dan jati diri Islam dalam diri.

NURUL AIN BINTI ABDULLAH
WARTAWAN PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top