Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah

By on November 22, 2009

Oleh: admin

jabir1

752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.

755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.

756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.

763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.

786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.

792M- Serangan ke atas selatan Perancis.

800M- Kaedah saintifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.

805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.

809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi


khalifah.

814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi khalifah.

1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.

1005M- Multan dan Ghur ditawan.

1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk   bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.

1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).

1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.

1095M- Perang Salib pertama berlaku.

1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.

1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.

1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.

1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.

1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).

1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Usamah Bin Izer
umarabdulrashid.co.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>