Ketegasan dan Pengaruh dalam Organisasi

Ketegasan selalunya bukanlah satu sikap yang popular dan ia sering dirasakan kurang selesa oleh orang lain kerana ia berbeza cara dan prinsip kita.

Jika anda adalah seorang pemimpin yang mempunyai keyakinan diri dan memiliki karakter yang kuat kebiasaannya dilihat sebagai suka mendesak dan menjengkelkan.

Tetapi, apabila mengimbangkan dengan kemahiran yang sesuai dan kritikal, ketegasan boleh menjadikan anda seorang pemimpin yang berwibawa.

Memupuk semangat berpasukan

organisasi

Potensi pasukan atau organisasi yang kita pimpin akan berkembang apabila ahli-ahli mereka mampu dan berani meluahkan idea atau pendapat yang tidak popular.

Contohnya, ahli organisasi anda memberikan kritikan terhadap strategi gerak kerja yang anda aturkan atau menyatakan dengan jelas kesalahan tindakan anda.

Gunakan keyakinan diri untuk menetapkan nada suara yang betul untuk membolehkan orang lain untuk bersuara. Di dalam organisasi, ini adalah cukup penting supaya kreativiti pasukan berkembang dan proaktif bertindak.Kita tidak mahu menghasilkan ahli pasukan yang pasif dan hanya mengikut arahan serta gagal menilai dengan kritikal setiap keputusan  yang telah dibuat.

Memimpin perubahan

Perubahan yang konstruktif memerlukan satu langkah yang berani. Jadilah pemimpin yang tegas dan konsisten memecahkan halangan yang sering timbul semasa usaha perubahan.

Setiap ahli pasukan yang anda pimpin, mempunyai tahap motivasi dan keyakinan yang berbeza-beza. Maka dengan itu, prestasi dan keazaman mereka juga sudah pastinya menghasilkan hasil yang berbeza.

Anda sebagai pemimpin, mestilah memimpin arus perubahan dan cuba membantu memberikan jalan penyelesaian.

Bertindak dengan integriti

Jika elemen di atas disertakan kejujuran dan keikhlasan, ketegasan anda sebagai pemimpin memberikan anda keberanian untuk mempertahankan apa yang anda tahu adalah betul.

Elemen terakhir ini cukup penting untuk memastikan anda adalah seorang pemimpin yang kompeten dan mampu berjuang hingga sampai ke matlamat.

 [button color=”blue”]Tegaslah dalam bersikap, karena ketegsan membawamu kepada kewibawaan – Andi Pangerang[/button]
Oleh, 
Azril Hanafi
Azril Hanafi,
Timbalan Presiden PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top