- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 53 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 58 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 94 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 124 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 191 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 236 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 252 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 256 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 280 days ago
Kenyataan rasmi PEMBINA berkenaan situasi terkini yang berlaku di Mynmar;
1. Pihak kerajaan Mynmar telah mengisytiharkan darurat merujuk kepada kekacauan terbaru yang mengakibatkan seramai 25 orang terkorban. Pengisytiharan ini menjelaskan bahawa wujudnya konflik yang serius dan tidak terkawal oleh pihak kerajaan.
2. Berdasarkan beberapa sumber berita, kekacauan tersebut berpunca daripada kes rogol wanita Buddha sehingga melibatkan pertembungan antara dua agama iaitu Buddha dan Islam. Kes ini sepatutnya dibawa ke mahkamah untuk diadili tetapi akibat tindakan radikal dan tidak matang oleh beberapa pihak sehingga mencetuskan kemusnahan yang lebih besar.
3. Pertembungan antara Islam dan kufur akan sentiasa berlaku kerana dimana-mana itu adalah sunnatullah. Perkara yang sama juga berlaku sewaktu pertembungan Islam dan Kristian di Aceh dan dibeberapa negeri lain. Kerana itu ummat Islam perlu sentiasa berwaspada dan mengukuhkan kesepakatan antara ummat Islam.
4. Kita menyeru agar ummat Islam mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita di Mynmar agar mereka beroleh kemenangan, keselamatan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi situasi getir di negara mereka. Sesungguhnya kemenangan dan pertolongan Allah itu bersama-sama orang yang beriman.
5. PEMBINA juga menyeru agar negara-negara Islam bersatu dan memberi bantuan kepada ummat Islam di Mynmar dalam apa jua bentuk. Sekiranya benar ummat Islam di sana ditindas maka negara-negara Islam perlu memberi tekanan kepada kerajaan Mynmar untuk menyelesaikan krisis tersebut dengan segera.
6. PEMBINA menolak campur tangan kuasa asing terutamanya Amerika Syarikat yang sentiasa mengintai peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara lain dan menjadikan kekacauan sebagai alasan campur tangan. Kes-kes sebelum ini membuktikan campur tangan Amerika hanya mengundang musibah yang lebih besar seperti di Afganistan dan Iraq.

