Jelebu – 13 Nov, Kehadiran hampir 100 orang belia daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Pemuda Isma cawangan Seremban bersama para penggerak dakwah masyarakat orang asli daripada Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan dalam program Kem Bakti “Ong Datang Kuk Sambut” telah memberikan kenangan yang cukup indah kepada penduduk Kampung Orang Asli Putra apabila pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.

Antara objektif utama yang ingin dicapai melalui program ini adalah pihak penganjur mengharapkan supaya masyarakat orang asli dapat menitik beratkan soal perubahan pendidikan dan kehidupan ke arah yang lebih baik berbanding keadaan sebelum dan sedia ada disamping kehadiran para pelajar daripada pelbagai ipt tempatan sebagai peserta anak angkat juga untuk menjalin hubungan yang baik dan rapat di antara mahasiswa dan orang kampung.

Beberapa aktiviti utama yang menjadi tumpuan penduduk kampung adalah penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat, sukaneka, motivasi pemuda, persembahan pentoman dan tayangan video berkenaan isu Palestin yang telah disampaikan oleh pihak Aman Palestin Berhad Cawangan Negeri Sembilan.

kem-bakti-2016-ceriakan-200-penduduk-kampung-orang-asli-putra-pertandingan-futsal

Pertandingan Futsal

Tayangan video isu Palestin oleh Aman Palestin Berhad Negeri Sembilan

Tayangan video isu Palestin oleh Aman Palestin Berhad Negeri Sembilan

Tayangan video isu Palestin oleh Aman Palestin Berhad Negeri Sembilan

Tayangan video isu Palestin oleh Aman Palestin Berhad Negeri Sembilan

Turut hadir bagi memeriahkan lagi program Ustaz Haji Zamani Ibrahim (Yang Di-Pertua ISMA Seremban) menyatakan bahawa “Program ini merupakan suatu pengalaman yang mencabar & amat bernilai kepada semua sukarelawan & peserta. Semoga kerjasama antara NGO & JHEAINS dapat diteruskan pada masa akan datang untuk para sukarelawan menimba ilmu dakwah”.

Kem bakti kali ini juga menyaksikan penglibatan khas daripada pertubuhan i-Medik cawangan Negeri Sembilan yang telah menghantar seramai 8 orang doktor perubatan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah dalam usaha memberikan kemudahan rawatan perubatan dan nasihat kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

kem-bakti-2016-ceriakan-200-penduduk-kampung-orang-asli-putra-imedik-isma

Pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah oleh i-Medik

Pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah oleh i-Medik

Pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah oleh i-Medik

Seorang peserta Kem Bakti yang ditemuramah menyatakan bahawa program Kem Bakti ini telah mencabar kemampuan diri dari sudut menyampaikan risalah dan kefahaman Islam di kalangan orang asli disamping meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana diberi ruang dan peluang untuk bersama didalam program kemasyarakatan sebegini yang banyak memberi pengajaran dan erti kehidupan sebenar kepada diri mereka dalam merasai sendiri kehidupan sebagai masyarakat luar bandar yang tinggal berjauhan daripada segala kemudahan yang ada di bandar.

Sumbangan barangan keperluan asasi berjumlah dua ribu ringgit Malaysia juga berjaya dikumpulkan dalam misi kali ini, hasil usahasama masyarakat awam yang turut tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan melalui pihak Yayasan Ikhlas dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban.

Majlis perasmian penutup Kem Bakti 2016 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Jalaluddin B Hj Alias selaku Exco dan ADUN Pertang yang dalam ucapannya juga telah meluluskan peruntukan sebanyak 40 ribu ringgit Malaysia bagi menaiktaraf kawasan surau dan kawasan dataran yang berturap bagi kemudahan aktiviti masyarakat Orang Asli di Kampung Putra.

Muhammad Fais Bin Mohamad Nor Lok
(Media PEMBINA Seremban)

Author Media PEMBINA

Pasukan editor PEMBINA adalah ahli-ahli aktif PEMBINA kelolaan Jabatan Media PEMBINA.

More posts by Media PEMBINA

Leave a Reply