- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 49 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 54 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 89 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 119 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 187 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 232 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 248 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 252 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 276 days ago
Kefahaman Islam Permulaan Setiap Perubahan – Presiden
BANGI, 21 Januari 2012 – Presiden PEMBINA Norzafry Norhalim telah merasmikan mesyuarat agung tahunan (AGM) PEMBINA Cawangan Bangi hari ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyentuh mengenai isu-isu terkini di kalangan mahasiswa IPT menunjukkan keadaan mahasiswa kian parah dan seolah-olah kehilangan punca.
Beliau lantas menggesa agar ahli-ahli PEMBINA di IPT menjadi belia yang berdaya usaha kreatif dalam memberi kefahaman Islam yang syumul kepada seluruh mahasiswa. Beliau menekankan bahawa setiap perubahan atau kebangkitan kebaikan bermula dari kefahaman Islam yang tepat.
Presiden PEMBINA turut yakin bahawa dengan jumlah ahli PEMBINA yang ramai dan merata-rata di sekitar IPT-IPT di Bangi, PEMBINA Bangi berpotensi untuk mengorak langkah dan menjadi antara cawangan cemerlang dalam mereaslisasikan agenda aktivisme mahasiswa PEMBINA.
Turut hadir dalam AGM PEMBINA Bangi adalah wakil JKP PEMBINA: Salman Abdul Rahman (Setiausaha Agung), Azril Hanafi, Roszida Kamaruddin dan Abdul Hakim Adzman.
-Media PEMBINA-
