Kalam Presiden: Tahun Baru 2016

Menjelang 2016, maka cukuplah 10 tahun umur PEMBINA. Selama sedekad ini PEMBINA telah mengorak langkah dengan cemerlang untuk memberikan cerminan yang terbaik buat aktivisma mahasiswa. Dengan keahlian mencecah 30,000 orang pada tahun lepas, kita mensasarkan lebih ramai lagi mahasiswa untuk menyertai dan sama-sama menggerakkan PEMBINA supaya mampu menjadi platform untuk mahasiswa menyerlahkan potensi dan mencungkil bakat yang ada dalam diri mereka seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Tahun 2016 dilihat sebagai lebih mencabar dengan keadaan ekonomi yang dijangka tidak menentu serta peruntukan untuk universiti telah di kurangkan dalam bajet 2016. Oleh itu, pengupayaan mahasiswa dan universiti adalah penyelesaian dalam menghadapi situasi ini. Apapun PEMBINA akan terus bersama-sama mahasiswa dan universiti dalam usaha kemandirian dan pengupayaan diri dalam mengharungi cabaran 2016.

Ini menuntut untuk kita sama-sama bekerja keras dan usaha yang berlipat kali ganda dalam memastikan agenda dan aspirasi PEMBINA berjaya dilaksanakan.

“Sedekad, penuh tekad”

Ibrahim Mohd Hasan,
Presiden PEMBINA

Author media

More posts by media

Leave a Reply