24 Mac, Seberang Prai – Jawatankuasa PEMBINA Pulau Pinang yang juga merupakan Calon Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Sains Malaysia (USM), Saudari Syahida Farhan Azha telah memenangi Tempat Pertama di ‘The USM 3 Minute Thesis (3MT) Competition 2017′ bagi kategori kejuruteraan semalam.

Beliau yang membentangkan tajuk kajian “Adsorbent coating: an effective solution for coloured waste water” telah menewaskan 40 peserta lain seterusnya melayakkan beliau ke peringkat kebangsaan pada bulan Mei ini.

Pagi ini, Presiden Pembina, Saudara Eqwan Roslan turut merakamkan ucapan tahniah buat saudari Syahida Farhan dan menggelar beliau sebagai contoh Sarjana buat ahli Pembina yang lain.

“Kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh Saudari Syahida Farhan adalah sesuatu yang kita banggakan dan perlu dicontohi oleh ahli Pembina yang lain.

“Beliau yang juga merupakan barisan kepimpinan bagi Pembina Pulau Pinang merupakan tokoh yang telah menghidupkan salah satu misi Pembina iaitu Kesarjanaan dan Intellektualisme.

“Tahniah saya ucapkan kepada beliau, dan semoga beliau terus cemerlang dalam pertandingan peringkat kebangsaan”, ujar beliau ketika dihubungi oleh wartawan Pembina siang tadi.

Pertandingan yang diadakan di Dewan Budaya, pada 23 Mac 2017 ini telah dianjurkan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM dan dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Kejuruteraan, Sains Sosial dan Sains & Teknologi.

Dalam pertandingan ini, peserta diminta membentangkan kajian tesis masing-masing dalam tempoh 3 minit sahaja dan dalam bahasa Inggeris.

Jawatankuasa PEMBINA Pulau Pinang Johan "The 3-minute Thesis" USM

Jawatankuasa PEMBINA Pulau Pinang Johan "The 3-minute Thesis" USM