JKP Unit Kajian PEMBINA alami hipokalemia

aiman

BANGI, 26 Jan – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hassan menziarahi Ahli Jawatankuasa Unit Kajian PEMBINA, Muhammad Aiman bin Ahmad Faudzi di Hospital Sungai Buloh petang tadi.

Ustaz Ibrahim berdoa agar Aiman segera diberikan kesembuhan daripada keuzuran yang dihadapinya.

Katanya lagi, sudah menjadi tanggungjawab sesama muslim untuk menziarahi saudaranya yang ditimpa musibah.

Lawatan itu ditemani Ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik PEMBINA, Ustaz Salman Abdul Rahman.

Muhammad Aiman, 25 mengalami hipokalemia dan dilaporkan dalam keadaan stabil setakat petang tadi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top