Jadikan ancaman musuh sebagai pendorong untuk berjaya

CYBERJAYA, 2 Dis – Ancaman liberalisme terhadap umat Islam pada masa kini adalah terlalu dahsyat sehingga kadangkala umat Islam tidak sedar bahawa perkara tersebut sebenarnya merupakan ancaman.

Demikian menurut Ketua Unit Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), saudari Sharifah Abdul Samad dalam slot forum “Kun Anti” semasa Festival Beliawanis Nasional (FBN) di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, baru-baru ini.

Beliau menambah, ancaman liberalisme turut berlaku terhadap wanita Islam dimana gerakan feminisme merupakan salah satu pelopor yang cuba merosakkan kefahaman Islam dikalangan wanita Muslim seperti menuntut hak yang sama diantara lelaki dan wanita.

“Sebagai contoh, semalam ialah hari Jumaat. Feminisme akan timbulkan pelbagai persoalan seperti “Awak pergi sembahyang jumaat tak? Kenapa tak pergi. Sepatutnya awak yang jadi khatib dan baca khutbah”,” jelas Sharifah.

Beliau turut berkata, ancaman-ancaman musuh tersebut sepatutnya menjadi booster atau pendorong untuk wanita Islam berjaya kerana ancaman itu telah membuka mata setiap wanita Islam untuk menjadi orang yang hebat dalam masyarakat dan yang lebih utama adalah di hadapan Allah.

“Setiap wanita Islam perlu mempunyai wawasan atau cita-cita yang jelas untuk menyumbang sesuatu kepada negara.

“Islam bukan agama di atas sejadah. Islam adalah agama yang membina manusia dan membina tamadun di dunia,” katanya.

 

Wartawan

Farhanah Fauzi

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top