PENGENALAN
Wadah generasi baru
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Matlamat penubuhan
Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
Cabaran paling besar adalah penyediaan generasi baru
PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.
Justeru PEMBINA tampil dengan objektif-objektif berikut:
