Tinta JKP

Fokus Salam Aidilfitri 1431H
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan kepada Allahlah segala puji-pujian.. >> Teruskan Membaca..
Anda Di: Laman Utama Kolum Sana-sini PEMBINA Kem Motivasi Insan Cemerlang

Kem Motivasi Insan Cemerlang

emel Cetak PDF

 

 

Tanggal Sabtu, 24 Mei 2008 mencatatkan satu lagi aktiviti penting dalam diari Kelab Remaja Isma (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan negeri Johor. Bertempat di Nurfa Farmstay, Pekan Nanas, Johor, KRIM telah menganjurkan Kem Motivasi Insan Cemerlang bagi para pelajar sekolah menengah dan rendah bukan sahaja dari sekitar Johor Bahru, malah para pelajar dari Melaka. Kem ini yang memfokuskan pembinaan jati diri serta pemantapan akhlak remaja Islam mendapat sambutan hangat berbanding kem-kem terdahulu, di mana bilangan peserta kali ini mencecah hampir 120 orang.

Aktiviti kem dimulai dengan pembentukan kumpulan-kumpulan kecil dan ‘ice-breaking’ bagi menyesuaikan para peserta dengan rakan-rakan baru. Beberapa siri ceramah dan pembentangan telah disampaikan oleh penceramah jemputan, PEMBINA dan juga dari ISMA. Tajuk-tajuk ceramah seperti 3 Persoalan Asas Hidup dan Pesan Luqman Al Hakim telah dibengkelkan oleh para peserta bagi memudahkan kefahaman dan memupuk bibit-bibit syura; boleh bekerja dan bertolak ansur dalam kumpulan. Aktiviti di sebelah malam lebih banyak berkonsepkan persoalan spiritual dan ruhiyyah, menyentuh jiwa dan sanubari para peserta agar menginsafi kelahiran dan tanggungjawab mereka di bumi Allah ini. Para peserta kemudiannya dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Malam” bagi mencari rakan misteri mereka yang “hilang”. Aktiviti pada hari Ahad lebih bersifat outdoor; jungle trekking ke kaki Gunung Pulai dan beriadah di jeram yang berhampiran.

 



Pelbagai riaksi yang menarik telah dapat dirakamkan sepanjang kem ini. Menurut salah seorang peserta, Mohamad Shardi bin Mohd Rahim “Saya dapat berjumpa rakan-rakan baru dan kem ini membuka minda saya dalam melihat apakah makna Islam dalam kehidupan seharian saya”. Menurut Pengarah Kem Cikgu Ismail bin Ali pula, adalah menjadi satu harapan melihat keseluruhan peserta dapat menghayati sepenuhnya objektif-objektif kem disamping dapat menjalinkan ukhuwwah dengan rakan-rakan baru. Semoga KRIM dan PEMBINA Johor dapat meneruskan program-program seumpama ini di masa-masa hadapan, Insya-Allah.

 




Fitri Ezwan
Wartawan PEMBINA Johor

 

 

 

Comments 

 
0 # syahreezal 2009-02-05 18:31
boleh ke nak minta modul jati diri untuk pemantapan akidah belia?
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # syahreezal 2009-02-05 18:31
boleh ke nak minta modul jati diri untuk pemantapan akidah belia?
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # taufik 2009-03-06 18:12
salam,
saudara bila pihak saudara akan mengadakan kem terkini bagi tahun 2009
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # taufik 2009-03-06 18:12
salam,
saudara bila pihak saudara akan mengadakan kem terkini bagi tahun 2009
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # kamarulazharbinabdrahman 2009-09-15 11:36
salam buat team pembina....jika perlukan pertolongan boleh berhubung saya Abg Bro (ex-monash staff)
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # ceria 2010-03-26 22:59
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # adalahhh 2010-03-26 23:00
Quoting ceria:
;-)

naper sengih sengih ha,,,,
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # adalahhh 2010-03-26 23:02
ish ish..
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # adalahhh 2010-03-26 23:03
Quoting adalahhh:
Quoting ceria:
;-)

naper sengih sengih ha,,,,

Quoting adalahhh:
:eek: ish ish..

Quoting adalahhh:
Quoting ceria:
;-)

naper sengih sengih ha,,,,

Quoting adalahhh:
Quoting ceria:
;-)

naper sengih sengih ha,,,,
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # m kamal 2010-04-05 13:34
Assalamulaikum..Kami ingin memawarkan tempat berkursus di kem Lambaiana Air Terjun, Sg Gabai, Hulu Langat, Selangor, Kemudahan seperti asrama, chalet, dewan ceramah, surau, dewan makan dan lain- lain, boleh buat aktiviti kembara, dan lain- lain, harga RM38 siap makan, jika nak masak sendiri atau berkhemah pon boleh- hubungi kamal-019-6675877
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # ayahsu 2010-04-15 15:51
assalamualaikum ...,sesiapa ingin menjadi anak angkat ayahsu sila hubungi no talian 0109158224 atau 0179537359 keutamaan anak2 yatim piatu atau pelajar tahfiz lelaki shj berumur 15 thn kebawah sahaja....terima kasih
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Qasih leyza 2010-06-08 10:54
boleh kah jadikan anak saya sebagai anak angkat ayahsu.Haparan sya agar dapat melihat anak saya menjadi insan/anak yang patuh dengan ajaran islam dan hormat kepada orang lain.
Reply | Reply with quote | Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari anda. Untuk sumbangan kewangan, akaun pengurusan dan operasi PEMBINA ialah:

Persatuan Belia Islam Nasional
562142713006 (Maybank Islamic)

PEMBINA@Facebook

Komen Terkini

Pelawat

 19 pelawat sedang melayari laman ini