Tinta JKP

Fokus Salam Aidilfitri 1431H
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan kepada Allahlah segala puji-pujian.. >> Teruskan Membaca..
Anda Di: Laman Utama Kolum Sana-sini PEMBINA Forum BBMBBK MIAT Mengupas Dilema Mahasiswa IPT

Forum BBMBBK MIAT Mengupas Dilema Mahasiswa IPT

emel Cetak PDF

MIAT, 13 Mei 2010 - Forum BBMBBK yang begitu sinonim dengan PEMBINA telah berjaya diadakan di Surau Saidina Ali, UniKL MIAT, Sepang bagi mengupas persoalan-persoalan yang menjadi dilema golongan mahasiswa di IPT khususnya. Forum tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada siswa dan siswi MIAT di mana hampir 120 orang hadir untuk mendengar kupasan bicara daripada ahli panel yang dijemput. Forum itu menampilkan Saudara Aizuddin Khalid dari PEMBINA sebagai moderator bersama  Ustaz Jauhar Azmi dan  Puan Shazamawati selaku ahli panel.

Antara persoalan yang telah dikupas adalah berkaitan kecenderungan perasaan antara lelaki dan wanita sama ada fitrah atau ujian, cara untuk mengatasi fitnah dalam sesuatu perhubungan antara lelaki dan wanita, masa yang sesuai untuk mencari pasangan dan tindakan yang boleh diambil apabila bertemu orang yang mahu dijadikan pasangan. Persoalan - persoalan yang diketengahkan dalam forum tersebut telah menerima respon yang begitu baik daripada siswa dan siswi di mana telah mencetuskan idea kepada mereka untuk bersoal jawab dengan ahli panel dan moderator.

Konklusinya, program-program seumpamanya perlu diteruskan pada masa akan datang agar menjadi salah satu usaha kita untuk membina generasi belia Islam yang lahir daripada sebuah institusi kekeluargaan yang bermula dengan tautan hati yang seiring dengan kehendak syariat.

 

Add comment


Security code
Refresh

Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari anda. Untuk sumbangan kewangan, akaun pengurusan dan operasi PEMBINA ialah:

Persatuan Belia Islam Nasional
562142713006 (Maybank Islamic)

PEMBINA@Facebook

Komen Terkini

Pelawat

 17 pelawat sedang melayari laman ini