Anda Di: Laman Utama Sekilas Pembina Rasional Penubuhan

Rasional Penubuhan

emel Cetak PDF

Golongan belia adalah kelompok terbesar dalam masyarakat Malaysia. Mengikut perangkaan, 9.8 juta daripada 24 juta rakyat Malaysia berada dalam julat umur antara 15 hingga 40 tahun, dimana 46 peratus daripadanya berada dalam lingkungan usia antara 15 hingga 24 tahun. Masa masa kini, hanya 2.9 peratus belia di Malaysia terlibat dengan persatuan atau organisasi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Belia Melayu Islam di negara ini sedang dilanda krisis. Mereka berhadapan dengan masalah-masalah sosial yang seolah-olah tiada jalan penghujungnya. Masalah seperti mat rempit, penagihan dadah, jangkitan HIV/AIDS, pergaulan dan seks bebas, adalah di antara beberapa masalah kronik belia masa kini, khususnya belia Melayu Islam Perangkaan yang telah dikeluarkan mengenai gejala sosial menunjukkan fakta yang sangat menakutkan mengenai golongan belia kita: 66 peratus penghuni penjara terdiri daripada orang Melayu Islam, 70 peratus penagih dadah adalah orang Melayu Islam, 70 peratus kes-kes juvana melibatkan remaja-remaja Melayu Islam dan 70 peratus daripada pelacur di negara ini merupakan gadis-gadis Melayu Islam. Terdapat 68,000 kes buang bayi yang melibatkan orang Melayu Islam dilaporkan pada tahun 2005. Statistik-statistik ini cukup untuk membuatkan kita menangis!

Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa PEMBINA merupakan natijah daripada suasana. Ia adalah tindak-balas tabi’i kepada kecelaruan dan kegagalan yang berlaku. Ia terhasil daripada keperihatinan yang menyeluruh kepada nasib bangsa dan desakan untuk turut sama berperanan dalam arus kebangkitan bangsa ini. Program-program dan aktiviti-aktiviti PEMBINA akan tertumpu kepada menyebar-luaskan risalah Islam yang syumul kepada masyarakat, khususnya belia, sehingga mereka memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Seterusnya, jatidiri belia-belia Islam ini akan dibina di atas dasar Islam yang agung sehingga mereka benar-benar layak untuk menggalas beban perjuangan. Akhirnya, tenaga mereka akan digembeling untuk memimpin bangsa ini menuju ke mercu kejayaan. Inilah aspirasi Persatuan Belia Islam Nasional dan inilah rasional penubuhannya!

 

Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari anda. Untuk sumbangan kewangan, akaun pengurusan dan operasi PEMBINA ialah:

Persatuan Belia Islam Nasional
562142713006 (Maybank Islamic)

PEMBINA@Facebook

Komen Terkini

Pelawat

 25 pelawat sedang melayari laman ini