Tinta JKP

Fokus Ramadhan: Mendalami Erti Kemerdekaan
Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya. Detik-detik yang berlalu begitu pantas sekali meninggalkan kita semua. Semoga dengan berlalunya Ramadhan kali ini... >> Teruskan Membaca..
Anda Di: Laman Utama Kolum Sana-sini PEMBINA Kursus Photoshop & Design PEMBINA

Kursus Photoshop & Design PEMBINA

emel Cetak PDF

 

photoshop

Bertempat di Shah Alam , pada 5 April 2009, PEMBINA Shah Alam Klang telah berjaya menganjurkan sebuah kursus ringkas penguasaan kemahiran Photoshop dan seni rekaan grafik. Kursus ini merupakan projek perintis dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar di kalangan ahli PEMBINA untuk memanfaatkan media sebagai satu cara penyebaran mesej yang efektif.

Bermula pada lebih kurang 10 pagi, para peserta didedahkan mulanya dengan kemahiran penguasaan teknikal Photoshop melalui slot 1 kursus ini. Para peserta diterangkan fungsi dan kemampuan sebenar hampir setiap alat-alat di dalam Photoshop melalui cara demonstrasi, penerangan, dan sedikit nota sebagai bantuan.

Selepas berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari, slot 2 dimulakan. Di dalam slot ini para peserta diuji kemahiran teknikal Photoshop yang diajar melalui tugasan-tugasan berkumpulan yang praktikal dan berbentuk realiti. Hasil-hasil kerja kemudiannya dinilai sesama peserta dan diberi kritikan membina oleh Fasilitator.

Slot ini kemudiannya disusuli oleh slot terakhir di mana para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dan kefahaman tentang nilai-nilai yang penting dalam menghasilkan satu rekaan grafik yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej serta memberi impak yang besar kepada para penonton di kalangan masyarakat belia yang serba moden.

Hampir kesemua peserta menyatakan kepuasan setelah mengikuti kursus ini walaupun ringkas dan padat. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang dengan izin Allah.   PEMBINA sangat mengambil berat tentang pembinaan potensi dan kemahiran ahli dan kursus ini merupakan antara projek-projek yang telah dirancang oleh PEMBINA dalam rangka itu. Diharapkan melalui kursus ini PEMBINA dapat melahirkan ramai lagi tenaga pakar di dalam bidang media untuk manfaat penyebaran mesej PEMBINA.

 

Comments 

 
0 # Kamil 2009-04-17 14:59
Syabas Tim Media, kreativiti adalah amanah Allah s.w.t jangan di pendam dan diperam wahai belia, kelak ia akan ditanya.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Kamil 2009-04-17 14:59
Syabas Tim Media, kreativiti adalah amanah Allah s.w.t jangan di pendam dan diperam wahai belia, kelak ia akan ditanya.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Kawasan 2009-04-17 19:52
Nanti minta Team Media buat TOT kat pembina kawasan seluruh malaysia pulak..
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Kawasan 2009-04-17 19:52
Nanti minta Team Media buat TOT kat pembina kawasan seluruh malaysia pulak..
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # PEMBINAmelaka 2009-04-18 01:02
Ye ye...

Jangan lupa datang Melaka.. Melawat Melaka beerti melawat Malaysia.... Lama dah tunggu MEDIA Pusat beri tunjuk ajar.... Kami budak baru belajar...
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # PEMBINAmelaka 2009-04-18 01:02
Ye ye...

Jangan lupa datang Melaka.. Melawat Melaka beerti melawat Malaysia.... Lama dah tunggu MEDIA Pusat beri tunjuk ajar.... Kami budak baru belajar...
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Abu Hafizoh 2009-04-19 07:35
Salam, syabas dan tahniah... sesungguhnya seni jiwa itu ada pada mereka yang mempunyai perasaan yang cukup halus... ia dapat direalisasikan oleh mereka yang tahu cara untuk mengemudi kapal seni tersebut. moga kapal seni ini akan terus berkembang mengikut aturan dan undang-undang Tuhan.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Abu Hafizoh 2009-04-19 07:35
Salam, syabas dan tahniah... sesungguhnya seni jiwa itu ada pada mereka yang mempunyai perasaan yang cukup halus... ia dapat direalisasikan oleh mereka yang tahu cara untuk mengemudi kapal seni tersebut. moga kapal seni ini akan terus berkembang mengikut aturan dan undang-undang Tuhan.
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
-1 # mercforce 2009-04-21 20:58
adus! ruginya tak pegi
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
-1 # mercforce 2009-04-21 20:58
adus! ruginya tak pegi
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
-1 # muawwidz al-ansori bin dzulkefly 2009-05-09 11:16
salam
kami menantikan kepakaran itu disalurkan ke mesir pula
mabruk..teruskan usaha membuktikan kita juga mampu..
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
-1 # misyarialafasy 2009-05-12 23:26
datang johor... Pembina johor menanti
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
-1 # mat zaheid 2010-03-15 02:42
macam mana saya dapat kursus ni . sebab saya orang alor setar
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Juraidy 2010-07-13 15:12
Nama Kursus : Kursus Asas Photoshop Untuk Fotografi

Tarikh : 25 Julai 2010

Masa : 9 am – 5 pm

Yuran : RM 200

Tempat : Hotel Seri Malaysia 10406 Jalan Sturrock
30350 Ipoh
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
0 # Juraidy 2010-07-13 15:13
Nama Kursus : Kursus Asas Photoshop Untuk Fotografi

Tarikh : 25 Julai 2010

Masa : 9 am – 5 pm

Yuran : RM 200

Tempat : Hotel Seri Malaysia 10406 Jalan Sturrock
30350 Ipoh

Call/SMS : 012-4369875
Website : http://www.juraidyphotography.com/2010/07/kursus-asas-photoshop-untuk-fotografi.html
Reply | Reply with quote | Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari anda. Untuk sumbangan kewangan, akaun pengurusan dan operasi PEMBINA ialah:

Persatuan Belia Islam Nasional
562142713006 (Maybank Islamic)

PEMBINA@Facebook

Komen Terkini

Pelawat

 20 pelawat sedang melayari laman ini