Hudud : Pemuda MCA cakap besar

azril

BANGI, 14 Okt – Kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang mahu mengelilingi Parlimen jika rang undang-undang hudud dibentangkan semula hanyalah cakap besar, tidak matang dan boleh menggangu-gugat keharmonian negara yang telah dibina hampir 60 tahun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Azril Hanafi Abdullah Sharwani berkata, MCA perlu sedar diri bahawa mereka hanya mempunyai 7 kerusi di parlimen dan dapat menyertai kabinet atas belas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Itu hanya cakap besar, sedangkan mereka sudah tiada masa depan, tidak perlu masuk campur urusan umat Islam,” kata beliau ketika dihubungi ISMAweb.

Azril juga berkata, beliau tidak faham mengapa orang bukan Islam acap kali menyinggung perasaan umat Islam dengan kenyataan sebegini sedangkan tidak langsung berkaitan dengan mereka.

“MCA tak perlu persoal urusan umat Islam, terutamanya hudud. Hudud adalah manifestasi umat Islam di Malaysia ke arah perpaduan ummah.

“Kita mahu agar musuh Islam melihat perpaduan ummah sebagai satu resepi kejayaan yang tidak mampu ditumbangkan,” katanya lagi.

Pada perhimpunan MCA baru-baru ini, Chong menegaskan bahawa pemuda MCA tetap bertegas untuk menentang rang undang-undang hudud. Sebelum ini juga Chong pernah mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan tidak ada siapa boleh mengubah asas di negara ini.

Bidas Azril, Malaysia adalah negara Islam, termaktub di dalam Perlembagaan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan.

Definisi Malaysia negara sekular adalah momokan tidak waras daripada orang yang tidak memahami sejarah dan Perlembagaan negara.

“Jadi, mereka perlu hentikan segera keangkuhan dan terus menerus membuli perasaan dan sensitiviti umat Islam,” tegasnya.

Tambah beliau, PEMBINA ketika ini konsisten memberi penerangan dan membimbing belia Islam seluruh negara akan pentingnya ajaran Islam dan mempertahankan agamanya.

Bahkan PEMBINA juga tidak pernah berhenti memperkuatkan kefahaman ahli PEMBINA akan tanggungjawab membina negara yang kita cintai ini-ISMAweb

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top