Objektif

objektif himmah

OBJEKTIF HIMMAH!


1) Menjelaskan peranan utama mahasiswa dan belia dalam aspek pembangunan diri, masyarakat dan negara.

Para belia dan mahasiswa di Malaysia menghadapi ancaman yang pelbagai dari segenap arah yang mampu mengikis dan memudarkan jati diri lalu melemahkan mereka seperti hedonisme, liberalisme dan juga ancaman-ancaman lain tanpa disedari.

Sedangkan para pemuda inilah yang bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti. Sebuah pepatah ada mengatakan, bagi melihat masa depan negara, lihatkan keadaan pemuda pada hari ini. Jika rosak pemuda, maka rosaklah negara. Maka sebagai aset terpenting negara mereka adalah golongan sasar yang harus dijaga dan dibina menjadi pemimpin yang baik.

2) Menyedarkan kepentingan memperbaharui set minda kepada kepercayaan kebolehan menjadi pemimpin dalam setiap aspek kehidupan

Perkara asas sebuah kejayaan adalah kebolehan menguasai minda dan membentuk kepercayaan positif dan keyakinan akan kebolehmampuan diri. Dengan pemikiran yang positif, maka usaha kearah kejayaan akan lebih mudah.

3) Melahirkan kesedaran kepentingan aktivisme bagi melahirkan pemimpin dalam setiap bidang yang diceburi

Bagi membangun kekuatan negara, setiap aspek dan bidang haruslah dikuasai oleh umat Islam. Namun apabila hilangnya cita-cita yang tinggi seperti ini dari dalam diri pemuda Islam, maka berlakulah kelompongan pada pewaris yang mampu membangunkan negara dan umat dengan baik

4) Mengingatkan kembali akan kekuatan umat Islam dan kemampuan dalam mentadbir negara serta membentuk sebuah tamadun yang hebat

Umat Islam adalah umat yang hebat. Dinilai dari sejarah kegemilangan dengan berdiriya tamadun dan empayar yang cukup lama berbanding tamadun-tamadun yang lain. Maka perkara ini harus disedari oleh belia dan mahasiswa agar mampu mengembalikan kepercayaan diri yang kuat serta menjadikan peribadi seperti Sultan Muhammad Al-Fatih sebagai model pemimpin muda yang terbaik

Temui kami pada 19 Oktober 2013 di HIMMAH 2.0!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top