Hari PEMBINA tarik perhatian mahasiswa RCMP

Ipoh, 9 Mac –  Empat pakej tawaran PEMBINA RCMP jelas menarik perhatian ahli-ahlinya untuk terus bergiat bersama PEMBINA.  Hari PEMBINA RCMP yang diadakan buat julung julung kalinya ternyata memberi impak yang besar dalam usaha pengenalan kelab serta penjelasan aspirasi yang dibawa PEMBINA.

Majlis yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi PEMBINA RCMP, saudara Hanafi Khashim menarik perhatian umum apabila beliau menerangkan perjuangan PEMBINA RCMP serta meyakinkan peserta untuk turut sama bergiat aktif bersama PRMBINA. Katanya,

Mahasiswa perlu bergiat aktif dalam medan yang betul bagi mengelakkan diri daripada anasir anasir negatif seperti liberalisme, pluralisme, syiah dan sebagainya. Dengan PEMBINA, anda bukan sahaja beramal, malah anda mampu menjadi pejuang agama.”

Penjelasan pakej tarbiyyah oleh saudara Akhyar Azhar , ketua Biro Tarbiyyah PEMBINA RCMP membuatkan para peserta semakin berkobar-kobar untuk membentuk keperibadian muslim dalam diri masing-masing. Beliau sempat berpesan kepada ahli dewan bahawa program –program PEMBINA seperti usrah, daurah, ceramah umum, mabit serta mukhayyam merupakan pemangkin kepada pembinaan seorang individu muslim yang utuh imannya.  Namun, menjadi khalifah di bumi ini bukanlah sekadar beribadat dan beramal soleh semata-mata. Saudari Norfarah Fatin Anuar sebagai Ketua Biro Aktivisme dan Kepimpinan pula menyeru ahli-ahli PEMBINA untuk menjadi seorang pejuang muslim yang berani untuk tampil ke hadapan menangani isu- isu umat.

pengerusi rcmp

 Dengan kehadiran wartawan yang berfikrah, maka akan tersebarlah berita-berita mahupun laporan yang membela nasib, berita-berita yang menengahkan Islam dalam setiap aspek, serta informasi jelas yang tidak diputar belitkan media masa. Dengan kehadiran designer, videographer serta photographer yang berfikrah, produksi media PEMBINA RCMP mampu menjadi saham amalan di akhirat kelak. Yakinlah setiap apa yang diusahakan PEMBINA RCMP  adalah jelas dan berpasakkan Islam sebagai teras utama”.

Begitulah kata Biro Media PEMBINA RCMP, saudari Nuha Zhafirah semasa mengenalkan Pakej Media.

Usai sahaja pengenalan pakej, majlis diteruskan dengan ucapan dari jemputan istimewa Hari PEMBINA RCMP,  saudari Zulaikha Tusiran merangkap Ketua Beliawanis Cawangan Ipoh.  Kehadiran Ketua Beliawanis Ipoh ke majlis benar-benar menyuntik semangat peserta yang hadir, terutamanya para muslimah untuk turut berani tampil ke hadapan dalam membawa aspirasi agama.  Beliau mengingatkan berkali-kali bahawa kita adalah pemimpin akan datang yang bakal membawa aspirasi agama kembali ke tampuk pemerintahan tertinggi.

Saudari Syarifah Sarah Liyana, Pengarah Program Hari PEMBINA  turut menyampaikan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program.

Hari PEMBINA RCMP secara keseluruhannnya telah berjaya dijalankan dengan baik, dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu bagi menjayakan majlis. Ayuhlah bersama PEMBINA, kita meneraju arus mahasiswa”

PEMBINA MENERAJU ARUS MAHASISWA

Unit Wartawan Biro Media PEMBINA RCMP

Sumber: Laman sesawang PEMBINA RCMP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top