Gay Iftar Manifestasi Fahaman Liberalisme

1) Pembina menyifatkan penganjuran Iftar Gay sebagai mencampur adukkan kemuliaan agama dengan perbuataan keji serta kesonsangan homoseksualiti.

2) Ia adalah selari dengan pendirian-pendirian golongan berfahaman liberalisme yang merosakkan agama dengan mengambil sebahagian daripada agama sebagai topeng untuk disesuaikan dengan fahaman liberalisme mereka.

3) Majlis makan-makan tersebut menghina amalan berpuasa yang bertujuan mendidik manusia supaya bertaqwa.

4) Ia berselindung di sebalik kemuliaan agama dan untuk memperjuang agenda nafsu buas yang tidak terdidik dengan iman dan nilai-nilai murni.

5) Pihak penganjur yang memperjuang agenda sonsang tersebut harus sedar mereka sebenarnya memperjuang kehancuran mereka sendiri serta merosakkan norma manusia.

6) Pembina menggesa agar penganjur majlis tersebut disiasat modus operandi serta sumber dana mereka.

7) Pembina mengajak seluruh mahasiswa dan belia untuk memperteguh jati diri Islam agar tidak terpengaruh dengan budaya-budaya sonsang.

Eqwan Roslan
Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional