PEMBINA

Dialog Masa Depan Agenda Islam : 26/2/2012
http://agendaislam.wordpress.com/

Tentatif Program

8.00 pg – 8.45 pg Pendaftaran peserta

8.45 pg – 9.00 pg Ketibaan tetamu kehormat

9.00 pg – 9.15 pg Aluan dan pembukaan majlis

9.15 pg – 9.30 pg Upacara perasmian

9.30 pg – 10.00 pg Ucaptama oleh Presiden ISMA: Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman

10.00 pg – 10.30 pg Rehat dan minum pagi

10.30 pg – 1.00 ptg Sesi Dialog 1: “MASA DEPAN AGENDA ISLAM DI MALAYSIA”

Ustaz Nazri Chik Zain (Exco Pemuda PAS Pusat)

Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)

Dr Anis Malik Thoha (Pensyarah Jabatan Usuluddin UIAM)

Ustaz Ismail Mina Ahmad (AJK Pertubuhan MUAFAKAT)

Sesi soal jawab

1.00 ptg – 2.00 ptg Makan tengahari & Solat Zohor

2.00 ptg – 4.30 ptg Sesi Dialog 2: “MASA DEPAN AGENDA ISLAM DI MALAYSIA”

Tuan Hj Mahamad Naser Disa (Peguam Persekutuan & ALP DAMAI)

Prof. Dr Badlihisham Mohd Nasir (Penyelidik IKRAB – UKM)

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni (Naib Presiden II ISMA)

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Pengerusi Sekretariat Ilmuan Muda UMNO)

Sesi soal jawab

4.30 ptg – 5.30 ptg Sesi penggulungan

Pendaftaran

Daftar segera, tempat adalah terhad!

Pendaftaran online : http://borangdialog.ismaweb.net

Forum Baju Melayu Bertemu Baju Kurung : Sambutan Luar Biasa
Ipoh, 11 Februari – Forum Baju Melayu Bertemu Baju Kurung (BMBK) anjuran Student Support Services Department Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama PEMBINA Perak mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelajar-pelajar IPT yang mencecah hampir 500 orang.

“Forum BMBK membawakan pendekatan tajuk yang begitu unik dalam menarik minat remaja untuk hadir ditambah dengan kupasan perbincangan yang bersesuaian menjadikan penganjuran pada kali ini mendapat sambutan yang luar biasa,” respon Pn Maznah Ramli, Kaunselor UTP ketika diwawancara oleh wartawan PEMBINA Perak.

Beliau juga mengalu-ngalukan cadangan daripada pelajar-pelajar untuk program anjuran Student Support Services Department Universiti Teknologi Petronas yang seterusnya dalam mencorak aktivisme mahasiswa.

Forum yang berobjektifkan perihal pergaulan di antara lelaki dan wanita telah diadakan di Seminar Room 6, Undercroft, UTP pada 11 Februari 2012 dengan kehadiran barisan ahli panel Ustaz Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak dan Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita ISMA, Perak.

Mahasiswa mesti memanfaatkan masa dengan baik semaksima mungkin
MELAKA, 16 Februari 2012 – Bertempat di Tanjung Bidara, Melaka Bandaraya Bersejarah, Saudara Azril Hanafi b Abdullah Sharwani, Timbalan Presiden PEMBINA telah dijemput sebagai panelis dalam program Minggu Orientasi Pelajar Tajaan MARA-MMU anjuran PEMBINA MMU Melaka untuk berkongsi tips dan pengalaman beliau sebagai mahasiswa.

Beliau mengingatkan para mahasiswa untuk turut terlibat aktif dalam aktiviti mahasiswa dan dalam masa yang sama berjaya dalam bidang pelajaran. Oleh itu, adalah penting bagi mahasiswa untuk bijak menyusun keutamaan hidup dan juga aktiviti seharian. Penyususan keutamaan hidup dan aktiviti seharian memerlukan kepada kemahiran menguruskan masa dengan baik. Pun begitu, mahasiswa mesti bijak menyeimbangkan antara pembelajaran di kampus, dan pembinaan sahsiah juga jasmani.

Pesan beliau lagi, sekiranya kita tidak sibukkan diri kita dengan perkara kebaikan, kita akan akan disibukkan dengan perkara sia-sia. Ini bertetapan dengan kata-kata Imam Hassan al-Banna bahawa masa bagaikan nyawa, harus  dihargai dan dijaga dengan baik. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda,”Ada dua nikmat yang membuat ramai orang tertipu, iaitu waktu sihat dan waktu lapang” (Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah). Oleh itu, mahasiswa mesti memanfaatkan masa dengan baik semaksima mungkin.

Program ini dihadiri oleh 40 orang pelajar tajaan MARA yang juga merupakan bekas pelajar MRSM. Sebahagian daripada mereka akan meneruskan pembelajaran di MMU Kampus Cyberjaya dan Kampus Melaka.

Sindiket Penjualan Bayi Yang Membimbangkan
Sindiket penjualan bayi yang semakin berleluasa ini benar-benar membimbangkan semua pihak.

Tambahan pula, hasil penjualan bayi yang boleh mencapai sehingga RM20,000 bahkan lebih, berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit bayi tersebut. Hal ini memperlihatkan permintaan terhadap bayi juga amat tinggi, terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat.

Hasil penjualan bayi yang tinggi ini, secara tidak langsung memberikan ruang dan alternatif  yang mudah kepada pihak yang tidak mahukan bayi mereka lantas menjual bayi tersebut kepada pihak-pihak yang terlibat dengan sindiket ini. Sekalipun penjualan bayi juga terjadi kerana masalah kewangan keluarga dan desakan hidup, penjualan bayi kepada kumpulan sindiket namun ianya bukanlah jalan penyelesaian pantas buat mereka.

Bagi saya, masalah-masalah seperti pergaulan bebas dan pertambahan bilangan anak luar nikah akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera dan pelbagai implikasi buruk turut boleh menjejaskan kesucian institusi kekeluargaan serta ketidakseimbangan institusi sosial masyarakat boleh berlaku.

Dari satu sisi, Islam melarang perbuatan zina dan dibimbangi sindiket penjualan bayi ini menjadi tiket dan titik permulaan perbuatan zina ini dan mungkin juga kesan jangka panjang akan terjadinya perkahwinan sesama ahli keluarganya sendiri. Umum menyedari bahawa anak luar nikah dinasabkan kepada ibunya dan agama Islam amat memelihara kemurnian dan kesucian keturunan penganutnya.

Dari satu sisi lain, perbuatan pemerdagangan orang adalah bercanggah dengan tabie manusia dan boleh dikira mencabul kehormatan manusia kerana tidak wajar manusia dinilai sebagai barang komoditi seperti bayi yang sempurna, kulit cantik akan di bayar mahal sedangkan bayi yang cacat mungkin tiada nilai di sisi sindiket itu. Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Pengertian eksploitasi dalam Seksyen 2 mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Penguatkuasaan akta ini harus terus diperketatkan dan mendapat perhatian semua orang bagi membanteras masalah ini.

Solusi yang dicadangkan untuk diaplikasikan oleh pasangan yang tidak mempunyai zuriat, adalah seharusnya mengambil inisiatif dengan mengambil anak angkat daripada kalangan anak-anak yatim atau anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban anak-anak dan keluarga tersebut sekaligus menjaga kejelasan dan kesucian nasab sesebuah keluarga. Pengambilan anak angkat tersebut, seharusnya dengan rasa tanggungjawab perkongsian dan persetujuan bersama antara ibubapa kandung yang memberi dan ibubapa angkat yang menerima, masing-masing menghargai bayi tiada nilai ukuran fizikal semuanya adalah anugerah dari Allah.

Saya sangat mengharapkan pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan tegas agar sindiket ini dapat diselesaikan  secepat mungkin. Demikian itu, sebagai individu muslim dan masyarakat Islam yang prihatin, semua pihak harus berganding bahu dan membuka mata dalam melihat implikasi jangka panjang sekiranya masalah penjualan bayi ini tidak ditangani segera.

Norhamimah Ibrahim

Naib Presiden 2

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

PEMBINA mesti kekal unik dan neutral – Norzafry
BANGI, 11 Februari – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mestilah terus mengekalkan identitinya yang unik dan neutral dalam menyatakan respon terhadap isu mahasiswa. Keadaan sebegini menjadikan PEMBINA terus rasional dalam memacu agenda memperkasa jatidiri mahasiswa.

“Sebagai sebuah persatuan belia Islam kita perlu melihat sesuatu perkara itu pada sudut pandang yang objektif dan neutral. Kajian yang terperinci serta merujuk kepada orang yang berpengalaman dan berilmu dalam perkara itu menjadikan pendirian kita lebih konsisten dan terpandu,” jelas mantan Presiden PEMBINA.

Mahasiswa mestilah cakna akan isu yang sebenar dan perlu mempunyai penglibatan secara terus dalam kepimpinan dan masyarakat kampus supaya mendapat maklumat yang lebih tepat dan telus.

“Penonjolan imej PEMBINA sebegini telah menarik perhatian Majlis Belia Malaysia serta pengurusan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Ini terbukti dengan kejayaan pendaftaran PEMBINA di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Royal College of Medicine Perak serta beberapa IPT awam dan tempatan yang lain”

Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan PEMBINA kali-5 ini berlangsung di Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norzafry Norhalim merupakan mantan Presiden PEMBINA bagi sesi 2011.

Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-5 PEMBINA Berlangsung dengan Jaya
Bangi, 11 Februari 2012 – Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Budiman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Seramai 99 orang perwakilan dan 50 orang pemerhati daripada cawangan seluruh Negara telah menghadiri mesyuarat tersebut. Majlis turut dihadiri mantan Presiden PEMBINA , Dr Kamil Tohiran dan Zaizul Azizi sebagai tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-quran dan diikuti oleh ucaptama Presiden PEMBINA sesi 2011/2012, saudara Norzafry Norhalim

Mesyuarat agung kali ini turut dimeriahkan dengan upacara pemotongan kek sempena sambutan ulangtahun PEMBINA yang kelima serta upacara perasmian lagu rasmi PEMBINA, ‘Bersatu Belia’. Lagu tersebut dinyanyikan oleh hadirin dengan diiringi kumpulan nasyid PEMBINA, Sohwah.

Selain itu, cenderahati telah diberikan kepada ahli yang bertuah dengan nombor keahlian ke-1000 sebagai satu simbolik bagi pelancaran keahlian terbuka yang telah diluluskan oleh pihak Registrar Office Youth (ROY) baru-baru ini.

Agenda mesyuarat  berlangsung dengan lancar dengan sesi pembentangan laporan aktiviti PEMBINA sepanjang tahun 2011, pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2011 serta pembubaran jawatankuasa PEMBINA 2011. Satu jawatankuasa baru telah dilantik untuk meneraju tampuk kepimpinan bagi sesi 2012 dan berikut merupakan senarai mereka yang terpilih:

Presiden : Ibrahim Hasan

Timbalan Presiden : Azril Hanafi Sharwani

Naib Presiden I : Abdul Hakim Adzman

Naib Presiden II : Norhamimah Ibrahim

Ahli Jawatankuasa 1 :   Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad

Ahli Jawatankuasa 2 :   Salman Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa 3 :   Roszida Kamaruddin

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Presiden PEMBINA yang baru dilantik dengan ucapan yang menyatakan harapan beliau kepada ahli-ahli pembina seluruh Negara.

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga PEMBINA dapat memacu aktivisme belia dengan lebih mantap dan berkesan pada masa akan datang.

PEMBINA Menyambut Baik Saranan Supaya Mahasiswa Ada ‘Nilai Tambah”
IPOH, 14 Feb – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyambut baik saranan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu para mahasiswa mencari ‘nilai tambah’ semasa dalam pengajian mereka.

Pengerusi PEMBINA cawangan Perak, Saudara Ahmad Khairi Bin Zazali berkata saranan ini perlulah disambut baik kerana situasi mutakhir memerlukan para mahasiswa mempunyai nilai tambah dalam aspek selain mata pelajaran mereka dalam merebut peluang pekerjaan yang semakin kompetitif pada masa ini.

Menurut beliau, kebanyakan majikan melihat graduan hari ini lesu kerana hanya menumpukan perhatian dalam pelajaran mereka semata-mata semasa belajar dahulu tanpa ada nilai tambah yang boleh digunakan majikan dalam menjana ekonomi mereka. Oleh itu, selain daripada mendapat markah yang baik dalam peperiksaan, majikan juga melihat graduan dari segi kepimpinan, skil komunikasi yang baik, pengalaman dalam berorganisasi, mahir dalam pelbagai bidang di luar bidang pengkhususan mereka, aktif dalam sukan dan ko-kurikulum, mahir bertutur dalam bahasa ketiga, dan lain-lain.

“Saya pernah melihat sahabat saya di Adelaide yang mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama, tetapi sukar mendapat kerja di Malaysia. Maka sewajarnya para belia, khususnya mahasiswa di institusi pengajian tinggi mencabar diri mereka dengan ‘nilai tambah’ yang terbaik supaya dapat melonjakkan diri mereka dalam pasaran kerja yang cukup kompetitif.”

Sehubungan itu, beliau berkata PEMBINA mampu untuk melatih para mahasiswa bagi menyediakan diri mereka selepas alam pengajian nanti.

Selain daripada menyediakan mahasiswa untuk menjadi seorang Muslim yang baik, PEMBINA juga membantu mereka untuk terlibat dalam organisasi mahasiswa, serta melatih mereka dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan, skil komunikasi yang baik, serta menjadi insan yang mahir dalam pelbagai bidang.

Pencetus model baru budaya politik tempatan

Pencetus model baru budaya politik tempatan
Oleh AIZUDDIN KHALID
PENULIS ialah Naib Presiden 1, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

DALAM keghairahan mahasiswa menuntut kebebasan berpolitik dan menyertai parti politik, saya amat berharap golongan mahasiswa yang masih muda dan masih jernih pemikirannya dapat mencetuskan satu perubahan dalam budaya berpolitik.

Saya amat bimbang sekiranya dalam keterbukaan berpolitik, mahasiswa terlalu terikut-ikut akan budaya semasa sehingga mewarisi perkara-perkara negatif yang banyak mencemari senario politik tempatan.

Namun, dengan anjakan paradigma dan persiapan minda yang baik, saya yakin mahasiswa mampu memulakan satu model baru dalam budaya politik tempatan, bermula di kampus.

Antara perkara yang perlu ditekankan penguasaan hujah dan ilmiah, responsif dan boleh dimuhasabah, tidak terlalu taksub dengan parti, dan berakhlak mulia.

Perkara yang perlu diutamakan dalam berpolitik adalah matlamat perjuangan mesti jelas dan konsisten, didokong oleh hujah-hujah yang konkrit.

Mahasiswa perlu terapkan dalam minda bahawa mereka berpolitik bukan semata-mata untuk meraih undi atau kuasa, tapi yang lebih penting adalah berpolitik untuk membangunkan dan mengangkat martabat pemikiran dan budaya dalam masyarakat.

Sebagai siswa dan golongan intelek, hujah, fakta, teori dan hukum sepatutnya menjadi teras utama dalam mengemukakan propaganda politik, bukan dengan semata-mata bermain emosi dan sentimen.

Mahasiswa perlu menyandarkan pandangan dan argumen kepada hujah-hujah terbukti, bukan dengan tanggapan-tanggapan atau persamaan-persamaan mudah, yang kebelakangan ini banyak dilontarkan ahli-ahli politik.

Walaupun mungkin kita dapat menarik sokongan masyarakat dengan menyentuh emosi dan bermain sentimen, tapi yang lebih patut diutamakan adalah menaikkan tahap pemikiran analitikal dan kritis dalam masyarakat.

Maka ia bermula dengan objektif yang jelas dan murni serta persiapan dan kajian yang mendalam dalam menentukan dan memandu agenda perjuangan.

Selain itu, sebagai pemimpin, mahasiswa perlu bersedia mendengar dan menerima maklum balas dari ahli-ahli, rakan-rakan mahupun orang luar.

Tidak dinafikan, dalam umur muda, sudah pasti semangat pemuda akan banyak mendorong mahasiswa untuk menjayakan agenda mereka.

Namun, dalam semangat berkobar tersebut, mahasiswa mesti bersedia dan terbuka untuk menerima sebarang teguran dan kritikan.

Mahasiswa tidak boleh mudah terikut emosi sehingga mudah melenting dan pantas mencantas sebarang cadangan dan teguran. Jangan pula terlalu taksub dan jumud sehingga menyekat apa-apa maklumat yang tidak seiring dengan pendapatnya daripada tersebar dalam organisasi, institusi atau kepada umum.

Percambahan idea akan lebih baik dengan perbincangan yang lebih lumat dengan mengambil kira pelbagai aspek dan perspektif.

Usahlah menjadi seperti pihak yang tidak boleh ditegur, sehingga mudah sahaja mengaitkan si penegur sebagai sekongkol pihak lawan.

Mahasiswa harus rasional dan bersikap terbuka dan matang serta menunjukkan ciri-ciri kepimpinan baik dengan membidas hujah, ataupun memperbaiki kesalahan.

Di samping itu, adalah menjadi harapan besar agar mahasiswa dapat meruntuhkan tembok taksub kepartian yang telah banyak memecah-belahkan masyarakat dari sudut kesatuan dan ukhuwah.

Tiada masalah mempunyai idea berbeza. Namun dengan budaya politik semasa, persaingan itu bahkan terbawa-bawa ke dalam kehidupan peribadi sehingga berlaku peristiwa-peristiwa yang terlalu menggambarkan perpecahan.

Saya akui bahawa dengan pendedahan-pendedahan politik tempatan semasa, mungkin agak sukar bagi mahasiswa membayangkan berpolitik di luar kotak hitam dan putih, kiri dan kanan.

Namun, inilah cabaran buat mahasiswa untuk memulakan budaya baru dengan fokus kepada membimbing dan membangunkan masyarakat, bukan berstrategi untuk menumbangkan lawan.

Politik sebenarnya lebih luas dari blok kepartian di mana objektif asalnya adalah peningkatan ketamadunan dalam masyarakat. Perkara ini harus difahami dan diinsafi oleh mahasiswa yang ingin berpolitik.

Dalam berpolitik juga, akhlak merupakan kunci yang suci bagi meraih kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan mahasiswa sebagai pemimpin.

Oleh itu, mahasiswa amat dituntut menjaga dan mengutamakan akhlak dan perilaku mulia terutama di tempat-tempat awam baik di luar mahupun di media sosial.

Penekanan yang tinggi harus diberikan agar mahasiswa menjauhi tindakan-tindakan negatif dan tidak matang dalam gerak kerja dan propaganda yang boleh menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap potensi mereka. Mahasiswa harus menjauhi budaya menjatuhkan peribadi, mencari kesalahan peribadi lawan, dan melontar tohmahan-tohmahan kasar.

Jalan itu terlalu kotor dan barangkali menjatuhkan kita dalam fitnah tuduh-menuduh. Mahasiswa juga mesti mengelakkan diri daripada terlibat dalam aksi-aksi provokatif dan ganas yang sekadar menimbulkan kontroversi daripada menyelesaikan masalah.

Usahlah kita berbicara tentang bergerak ke depan dalam pembangunan sekiranya kita mundur ke belakang dari aspek akhlak, perwatakan dan penampilan dalam perjuangan.

Akhir sekali, pada pengamatan saya, mahasiswa dan politik kampus merupakan lapangan terbaik untuk mencetuskan budaya baru dalam lanskap politik tempatan kerana jiwa belia masih terbuka dan punya idealisme tersendiri yang mampu dicorakkan. Mahasiswa harus mewarnai politik kampus dengan persaingan yang sihat dan membina.

Ambillah perkara-perkara yang baik dari perkembangan politik semasa, tetapi bertekadlah untuk mengubah yang mana jelas keburukannya. Gerakkanlah satu perubahan budaya politik yang baru, dengan itu harapnya akan menarik lebih ramai lagi golongan siswa dan belia untuk lebih celik dan berminat terhadap politik.

Sumber: Utusan Malaysia

PEMBINA Junjung Dasar Luar Negara Tidak Iktiraf Israel
BANGI 8 Feb -  Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) berpendirian menyokong kepada dasar luar negara Malaysia untuk tidak mengadakan apa-apa hubungan diplomasi dengan negara Israel, demikian ulas Setiausaha Agung PEMBINA, Ust Salman Abdul Rahman kepada wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Ustaz Salman, PEMBINA tidak menyokong mana-mana pihak yang menyatakan sokongan kepada negara Israel kerana ia dibina di atas asas jenayah dan sehingga sekarang, Israel terus menzalimi rakyat Palestin yang sepatutnya berhak kepada negara mereka yang dirampas.

“Kami mengajak umat Islam, terutamanya belia Islam di luar sana untuk terus menyokong dasar luar ini dan seterusnya meningkatkan usaha dan sokongan kepada usaha memerdekakan negara Palestin yang dijajah, dizalimi dan dinafikan hak mereka,” ujar Setiausaha Agung PEMBINA itu lagi.