Derma Darah Mega

Kubang Kerian, Kota Bharu 2 Mei РPEMBINA Kelantan dengan kerjasama Unit Transfusi  (tabung darah) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan, telah berjaya menganjurkan Program Derma Darah di Unit Transfusi, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

copy-of-img_4538

derma4

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran pada golongan belia peri pentingnya pendermaan darah. Kebanyakan hospital di Kelantan mempunyai tahap simpanan darah yang kritikal.

gembira-menderma

Justeru itu, PEMBINA Kelantan telah mengambil inisiatifnya yang tersendiri untuk memupuk kesedaran belia dengan menganjurkan program seperti ini. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Setiap peserta perlu menderma 400 g darah.

 

Derma darah ini mempunyai kepentingan dan hikmahnya yang tersendiri seperti:-

1. Menampung jumlah darah yang berkurangan di Blood Bank. (Ikhlas)

2. Membantu insan lain yang memerlukan. (Ihsan dan Syukur)

3. Melatih diri untuk memberi. (Kebajikan dan Sedekah)

4. Menginsafi diri kerana darah kita hanya pinjaman daripada ALLAH. (Insaf)

5. Mengingatkan diri mengenai kematian. (Zikrullah)

pengerusi-pembina-bersma-en-azmi-pengarah-unit-transfusi

Pengerusi PEMBINA Kelantan Saudara Malek Raduan

Bersama En Azmi Pengarah Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah)

Berikut adalah sedikit ulasan dari para penderma:

1) Abdul Razak Bin Hussin, Pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD)
” Saya berasa sangat seronok dapat menderma buat kali kedua. Kali pertama saya merasakan agak takut untuk membuat pendermaan tapi dengan dorongan rakan dan bantuan yang maha Esa saya dapat menyakinkan diri untuk menderma.”

2) Latip Bin Nurilah, Pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD)
” Saya berasa amat gembira kerana dapat menderma darah buat kali pertama. Alhamdulillah, moga Allah swt mengizinkan saya lagi untuk menderma pada masa akan datang. Terima Kasih atas layanan yang baik. Assalamualaikum.”

3) Wan Erni Bt Wan Mamat, Pembantu Klinik Gigi
” Program ini dapat melahirkan perasaan berani untuk menderma dan melatih diri menjadi seorang pemurah. Program ini sangat bagus dan lain kali buat lagi”

derma2

4) Nor Azira Bt Daud, Guru Tadika
“Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dapat berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Saya menjadi orang kedua menderma.”

5) Nordie Bt Hashim, Pelajar Politeknik Kota Bharu
” Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sebagai umat islam, saya dapat mendermakan darah saya kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, program ini dapat mengumpulkan darah umat islam bagi membantu umat islam yang lain.Moga dengan derma yang tak seberapa ini mampu menyelamatkan nyawa umat islam dengan izin Allah swt.”

orang-awam-turut-mrndermaOrang awam turut menderma

6) Noor Aisyah Bt. Ismail @ Hassan, Pelajar Politeknik Kota Bharu
“Saya sangat bersyukur kerana dapat menderma kepada insan yang memerlukan. Saya berharap dengan ini saya dapat lagi membantu masyarakat yang sangat memerlukan darah. Alhamdlillah..di harapkan ramai lagi insan di luar sana dapat menyumbangkannya..”

7) Noor Azlina Bt Ismail, Lepasan SPM
” Saya begitu excited dan teruja kerana pertama kali menderma darah. Kalau boleh nak menderma lagi selepas ini. Rupa-rupanya derma darah tak sakit dan hanya memerlukan masa yang singkat. Di samping itu juga derma darah boleh meningkatkan tahap kesihatan kita.”

copy-of-img_45291Dermawan darah dari kalangan beliawanis

Moga semua penderma darah, mendapat pahala yang berpanjangan dari Allah, ketahuilah bahawasanya setiap titik darah itu akan menjadi saksi dihadapan Allah atas amal taat kalian.

Media PEMBINA Kelantan