Definisi dan Konsep Liberalisme

LIBERALISME DALAM SEJARAH LAMPAU

Zaman kegelapan Eropah mencatatkan satu zaman di mana manusia berada di dalam keadaan gelap gelita tanpa sinar ilmu, jahiliyah. Barat berada di zaman kemuncaknya apabila golongan gereja dan penguasa menekan dan menindas rakyat Eropah pada ketika itu, contoh yang boleh dilihat adalah seperti yang berlaku kepada seorang saintis yang bernama Galileo Galile yang menyatakan bahawa bumi mengilingi matahari ; sesuatu yang bertentangan dengan doktrin gereja pada ketika itu bahawa matahari mengililingi bumi. Akhirnya Galileo dikenakan hukuman tahanan di dalam rumah. Contoh yang lain yang boleh dijumpai adalah kisah tragis Giordano Bruno yang dihukum bakar hidup-hidup hanya disebabkan mengatakan bahawa matahari itu hanya sebutir bintang. Dan pelbagai hukuman lain yang kejam yang cuba digelapkan Eropah dengan tidak banyak bercerita ataupun menulis mengenainya. Manakala keadaan sosial dan ekonomi pun tidak banyak membantu ketika itu.

Hasilnya, ia membentuk satu dorongan yang kuat untuk bebas dari cengkaman gereja dan cengkaman ekonomi yang lembab. Keadaan ini telah melahirkan beberapa tokoh refomis barat seperti Martin Luther, John Locke, Baron De Mostequieu, Voltaire, Rousseau, John Stuart Mill serta puluhan tokoh refomis yang lain. Dorongan kuat itu lebih dikenali sebagai arus liberalisme. (Kertas Kerja Ancaman Liberalisme Dalam Gerakan Mahasiswa, Luqman Abd Hamid, Ahli Unit Kajian Dan Informasi)

definisi liberalisme

1 thought on “Definisi dan Konsep Liberalisme”

  1. Pingback: ISMA Eropah – Definisi dan Konsep Liberalism

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top