Cabaran Mendidik Keluarga dalam Sistem Menekan

Adik yang dikatakan diculik tetapi lari dengan teman lelakinya itu sebenarnya memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Selepas ini dia akan berdepan dengan trauma akibat kelakuan remajanya yang sedang mencari identiti diri. Dia akan dipulaukan oleh rakan sebaya. Kawasan kejiranannya juga menyebabkan suasana sosial dia dalam keadaan tertekan.

Justeru itu saya fikir perlu ada sesi kaunseling dari pihak sekolah.

Pihak Masjid di Klang seperti Masjid Sultan Sulaiman pula perlu perkasakan program berkaitan dengan remaja, termasuk  dalam cara memantau anak di dalam dunia digital.

Keadaan di Klang yang bermacam orang merantau. Tambahan pula keadaan ekonomi mendesak, cabaran teknologi serta gelora remaja dalam pencarian identiti ini, sudah pastilah budak budak ini seperti di dalam ‘pressure cooker’.

‘Social Disintegration’ yang datang dari perlbagai aspek menyebabkan hilangnya nilai kekeluargaan yang dahsyat. Percayalah jika ia tidak diatasi sekarang, nescaya hancur sudah generasi akan datang.

Luqman Abdul Hamid

JK Politik Kampus PEMBINA Pusat

Author media

More posts by media

Leave a Reply