Cabaran Generasi dalam Membentuk Jati Diri

 

BANGI, 31 Mac – Mohd Eqwan bin Mohd Roslan, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyebut tentang cabaran generasi zaman kini merangkumi ideologi barat dan beberapa isu antarabangsa yang memberi kesan lemah jati diri pemuda zaman kini dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-11 (MATK11).

“Persaingan utama generasi kita pada hari ini adalah persaingan dalam mencorakkan identiti diri dan tanah air di masa akan datang. Terdapat pihak yang cuba mencorakkan negara kita mengikut acuan mereka,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, “Kita perlu berusaha untuk mencorakkan negara kita mengikut acuan Islam. Semua ini kita jalankan dengan tindakan tersusun dan terperinci. Kita bina anak-anak muda yang beriman, tajam pemikiran, berakhlak mulia, beradab dan bekerja untuk agama”.

Dalam menongkah cabaran yang bertali arus, kefahaman asas dan penghayatan agama dalam membentuk jati diri harus diperkukuh. PEMBINA secara konsisten membangunkan generasi akan datang dengan acuan Islam .

Di akhir ucapannya, beliau menyeru agar para mahasiswa semua agar meletakkan objektif jelas sepanjang berada di Universiti agar sifat amanah, tanggungjawab dapat dipupuk dalam melahirkan generasi belia yang mempunyai jati diri kukuh serta berwibawa.

Wartawan
NURUL AIN ABDULLAH

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top