PUNCAK ALAM, 22 APRIL – Gejala ketagihan ganja muncul di tengah-tengah kecelaruan dan kemelut masyarakat belia yang jauh daripada kehidupan beragama sehingga menyebabkan ada di antara mereka terlibat dalam budaya ganja.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden oleh Mohd Eqwan Mohd Roslan di Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ke-10 (MATK10) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) pagi ini telah meggariskan beberapa nasihat.

“Jika dilihat di Amerika Syarikat, gerakan legalisasi ganja telah berkembang pesat dan dalam proses untuk dibenarkan di seluruh negara. Jika dilihat dengan lebih mendalam daripada peringkat perundangan, iaitu di peringkat pembudayaan dalam masyarakat, terdapat budaya ganja daripada masyarakat Barat yang dikenali sebagai budaya 420 atau “four-twenty” yang menyambut 20 April sebagai hari menghisap ganja.”

Beliau menyatakan kekesalan kerana gerakan budaya ini didapati telah sampai di Malaysia di mana pada tahun lepas terdapat cubaan menganjurkan parti 420 di negara kita.

Tambahnya, salah seorang ahli Parlimen Belia turut menyatakan usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja yang dilapikkan sebagai penggunaan medical marijuana.

“Kita harus sensitif dengan budaya-budaya merosakkan seperti ini, yang bermula secara senyap dan perlahan, hinggalah tiba masa di mana ramai yang ditangkap seperti sekarang dan sebelum ia membarah dan cuba untuk dibenarkan di peringkat undang-undang di masa akan datang.”

PEMBINA merupakan badan pertubuhan belia yang sentiasa menjalankan aktiviti bagi membawa belia kepada jati diri yang sebenar berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Hari ini, PEMBINA telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-10.

Disediakan oleh Muhammad Syafiee (Wartawan PEMBINA)