PEMBINA membidas kenyataan YB P. Kamalanathan

Persatuan Belia Islam Nasional membidas kenyataan YB P. Kamalanathan berkenaan larangan beliau terhadap majlis korban yang dilakukan di sekolah rendah Puchong Jaya minggu lepas. Larangan Timbalan Menteri Pelajaran II itu merujuk kepada kes di mana terdapat ibu bapa yang terlebih sensitif terhadap majlis korban di sekolah sedangkan pelajar-pelajar dari agama lain sudah diasingkan demi menjaga sensitiviti agama. PEMBINA dengan tegas mengecam kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran II tersebut dengan pertanyaan adakah terdapat undang-undang yang melarang pihak sekolah mengadakan majlis korban di sekolah?

Majlis Korban di sekolah telah diadakan sejak dahulu lagi di sekolah-sekolah. Ia diadakan sebagai satu proses pembelajaran mengenai kisah pengorbanan Nabi Ibrahim demi mematuhi suruhan Allah swt.

Mengulas kenyataan tersebut saudara Aiman Faudzi, selaku JK Informasi dan Kajian mengatakan “Pihak menteri seharusnya perlu merujuk prosedur kementerian sebelum mengeluarkan apa-apa keputusan berbentuk larangan ataupun kebenaran. Beliau juga harus merujuk status agama Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan “Ugama Islam adalah Ugama bagi persekutuan” dan ia perlulah dihormati dan tidak diganggu sebarang bentuk amalannya. Seperti mana majoriti umat Islam memberi ruang kepada agama lain untuk diamalkan di Malaysia. Seharusnya, penganut-penganut agama lain juga harus menghormati kedudukan dan ketinggian agama Islam.”

IMG-20131025-WA0042

Tambah beliau lagi “Kalau benar ingin menghalang majlis korban di sekolah, maka mana-mana upacara agama lain yang dibuat di tempat umum juga harus dilarang atas alasan yang sama iaitu perlu menjaga sensitiviti agama.”

Tegas beliau sebagai mengakhiri kenyaatan beliau “Dari sudut tradisi dan budaya, Islam sudah mengakar dalam budaya rakyat di Malaysia terutamanya dalam budaya orang Melayu. Kenyataan-kenyataan baik daripada pihak menteri ataupun rakyat tidak boleh melanggar garis sensitiviti dan tradisi agama Islam sesuai dengan perlembagaan persekutuan.”

1 thought on “PEMBINA membidas kenyataan YB P. Kamalanathan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top