BERLARI PADA ALLAH EPISOD 3 : ISTIQAMAH

 

“Asmaa’ okay tak tudung aku? Tutup dada tak?”

Asmaa’ memberi isyarat bagus kepada Zinnirah. Dia berasa lega dengan perubahan Zinnirah. Dia sudah mula solat penuh 5 waktu, sudah mula membaca Al-Quran walaupun merangkak dan paling penting dia sudah mula yakin ‘adanya’ Allah untuk bergantung harap.

“Cantik sangat bila seorang Zinnirah pakai tudung.” Asmaa’ memuji.

“Alhamdulillah, terima kasih. Doakan aku istiqamah ya?”

“Ya, InsyaAllah, kalau niat kita betul, InsyaAllah, kita akan mudah untuk istiqamah.”

“Maksud kau?” soal Zinnirah kurang mengerti.

“Maksud aku begini, kalau kau buat kerana Allah, insyaAllah perubahan kau ni akan kekal istiqamah. Doa selalu supaya Allah tetapkan hati, tetapi kalau kau buat sebab aku, takut nanti kalau aku mati dulu, kau dah tak nak teruskan perubahan kau ni.”

“Oh, nau’zubillahi min zalik. Kau doakan aku tau.” Pinta Zinnirah lagi sekali.

“Iya, sahabatku Zinnirah.”

“Sekejap, sebab tu ke pelajar-pelajar keluaran sekolah agama ada yang tak istiqamah dengan apa sudah mereka belajar pada zaman sekolah bila masuk universiti.” Soal Zinnirah.

“Itu ada banyak faktor sebenarnya dan salah satunya sebab hanya ikut segala peraturan bertudung labuh dan, jaga batas pergaulan sebab merasakan itu peraturan sekolah, bukan ajaran agama Islam. Ada juga faktor lain seperti pengaruh kawan, corak pemikiran dan sebagainya. Sebab tu Irah penting sangat untuk kita selalu mohon kepada Allah agar tetapkan hati kita pada jalan kebenaran,” terang Asmaa’ panjang lebar.

“Oh, semoga Allah terus tetapkan hati kita. Aamiin.”

“Aamiin. Jom gerak terawih.” Ujar Asmaa’ apabila  jam tangannya menunjukkan  5 minit lagi akan masuk waktu Isyak.

 

 

Author Nor Syamimi

More posts by Nor Syamimi

Leave a Reply