BERLARI PADA ALLAH EPISOD 1 : DI MANA BANTUAN ILAHI?

 

“Baiklah, itu sahaja pelajaran kita untuk hari ini. Assalamualaikum.” tutur pensyarah lelaki berusia 30-an itu.

Zinnirah terus menyandang begnya dan keluar dari kelas kuliah. Dia geram, malu, sedih, semua perasaan bercampur baur. Belum pernah dia diperlakukan sebegitu rupa.

“Zinnirah, nak pergi mana?” Laung Asmaa’ sambil berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya.

“Aku nak balik bilik.” Jawabnya ringkas.

“Tapi seingat aku kau ada lagi satu kelas hari ini.” Asmaa’ mencurigai keputusan Zinnirah.

“Kelas batal. Pensyarah aku tak sihat.” Zinnirah berbohong lantas berlalu pergi meninggalkan Asmaa’ terpinga-pinga sendirian.

*****

Kreekkk..

Pintu bilik dibuka, Zinnirah terkejut melihat Asmaa’ sudah pun berada dalam bilik.

“Eh, selalu lepas Maghrib baru kau balik?”

“Iyalah, aku balik awal sebab nak ajak kau makan petang sebab tadi kau kata nak balik kolej kediaman. Tapi rupanya jangan kata batang hidung, kesan tayar kereta kau pun aku tak nampak” jawab Asmaa’ panjang lebar.

“Hmmm..aku…” inilah kelemahan Zinnirah, dia selalu tewas dengan layanan Asmaa’ yang sangat baik.

“Kenapa ni? Ada apa-apa nak kongsi?” Asmaa’ mendapati Zinnirah di katilnya.

“Aku malu pensyarah cakap huraian pembentangan aku salah. Kenapa Prof. Rafii perlu tegur dalam kuliah. Aku malu. Aku risau mesti markah aku kurang nanti, mesti nanti gred purata aku turun. Mana nak letak muka? Aku tak pernah dapat markah rendah dalam pelajaran.”

“Ish kau ni, cuba istighfar dulu. Cakap macam orang tak kenal Allah tempat kita nak bergantung harap,” Asmaa’ bersuara sedikit tinggi tetapi terkawal.

“Allah? Sudi ke Allah nak tolong aku? Atas semua yang terjadi dalam hidup aku kau masih nak suruh aku bergantung harap kepada Allah? Wujud ke pertolongan Allah tu?” Zinnirah beremosi, dicapainya tas tangan dan berlalu keluar bilik.

Dammm!

Pintu bilik dihempas kuat.

“Zinnirah!”

*****

Telah habis musnah hati ini

Tika kau diseksa dengan dunia

Tangis telah kuhabiskan

Aqsa cintaku hanya untukmu

 

Nada dering jam penggera Asmaa’ berbunyi. 3.30 pagi, Asmaa’ memandang ke kanan melihat katil Zinnirah. Kosong.

“Asssalamualaikum. Ini Cik Asmaa’ ke? Sahabat kepada Cik Zinnirah?”

“ Iya, iya saya.”

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top