- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 51 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 56 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 91 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 121 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 189 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 234 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 250 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 254 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 277 days ago
Belia mesti bebas dari tekanan hutang – Abdul Halim

BANDAR BARU BANGI 18 Sept – Tidak dinafikan puratanya golongan belia adalah komposisi terbesar dalam masyarakat yang terjebak kepada bebanan hutang secara serius.
Menurut Encik Abdul Halim, budaya berhutang ini sudah sebati dalam kehidupan seharian golongan ini.
Ini amatlah membimbangkan kerana ia membawa implikasi yang negatif kepada masa depan individu dan negara secara amnya, kata beliau lagi.
“Gaya hidup bermewah-mewahan dan kegagalan menguruskan hutang telah membentuk masyarakat yang terjebak dengan pelbagai masalah negatif”
“Mereka bukan sahaja menghadapi tekanan emosi, malah tidak bebas dalam membuat keputusan kerana keterikatan dengan pelbagai faktor”
PEMBINA menyarankan kepada semua belia di setiap peringkat supaya mendidik jiwa bebas daripada hutang di samping memperlengkapkan ilmu di dada dengan konsep ekonomi Islam supaya kita tidak terjebak dengan najis riba’.
Encik Abdul Halim b Abdul Hamid merupakan pensyarah Ekonomi di Universiti Multimedia selama hampir 13 tahun.
Beliau aktif mempromosi sistem ekonomi Islam yang semakin popular di kalangan masyarakat kini berbanding sistem konvensional yang telah lama diamalkan selama ini.
MediaPEMBINA
