PUTRAJAYA, 30 Mei – “Walaupun program Belia Bersama Masyarakat (BBM) diadakan pada hari bekerja, namun program berbentuk kesukarelawanan ini berjaya menarik hampir 150 orang belia dari sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan untuk turut serta,” ujar Wafiq Azman Naib Presiden 1 PEMBINA.

Tambah beliau lagi, pada masa ini, kebanyakan mahasiswa di universiti awam sedang menghadapi peperiksaaan akhir semester. Penyertaan beratus belia dalam BBM kali ini membuktikan bahawa aktivisme mahasiswa masih lagi subur melalui aktiviti kesukarelawanan tanpa mengira waktu.”

Program BBM merupakan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Yayasan Ikhlas. Sumbangan masyarakat dalam siri Bakul Kasih Ramadan yang diketuai oleh Yayasan Ikhlas telah disalurkan kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk melalui beberapa program seperti ini. Antaranya ialah edaran bubur kepada masyarakat sekitar Surau Ar-Rahim, Presint 15H Putrajaya.

Menurut pengarah BBM, Mohamad Fathil Aqil Abdullah program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan para belia khususnya mahasiswa-mahasiswi mencurah bakti kepada masyarakat. Tambahan pula, kita berada dalam bulan yang mulia, Ramadan. Kita digalakkan untuk memberi sebanyak mungkin. Pihak pengurusan surau Ar-Rahim yang diwakili pengerusi surau, Dato’ Salleh bin Abd Wahid turut memuji usaha seperti ini ketika dalam ucapannya semasa majlis perasmian. Beliau berkata mahasiswa seharusnya aktif dalam aktiviti bersama masyarakat dan menyumbang tenaga walaupun dalam bulan puasa.

Program BBM kali ini berjaya merealisasikan tema Ramadan PEMBINA tahun ini iaitu Keikhlasan Memberi Membentuk Rohani dengan jayanya.

 

Disediakan oleh,

Nor Syamimi binti Musa

 

 

Sukarelawan yang terlibat menjayakan agihan bubur lambuk.

Author Nor Syamimi

More posts by Nor Syamimi

Leave a Reply