Beberapa Pengajaran Kes Panjat IPOH buat mahasiswa

Beberapa Pengajaran Kes Panjat “IPOH” buat mahasiswa

Baru-baru ini teleh ditularkan video dan gambar beberapa anak muda lelaki dan perempuan menceroboh dan memanjat papan tanda IPOH yang menjadi mercu tanda Bandar Ipoh. Walaupun kes telah selesai dengan mereka telah menyerah diri kepada pihak polis. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris “They had learn their lesson” tapi masih belum terlambat sebenarnya untuk kita mengambil pengajaran.

Negara kita ada undang-undang.
Sehebat mana pun kita, Undang-undang tetap kena hormati. Terutama apabila perkara melibatkan nyawa. Dalam kes ni, mereka panjat papan tanda IPOH tanpa kebenaran pihak berkuasa malah melakukan aksi berbahaya dengan bergayut ala-ala atas “monkey bar”. Nyawa bukan mainan tau tapi amanah Allah. Undang-undang tertinggi negara kita adalah Perlembagaan Persekutuan 1948 cuba lihat Perkara 11 dan Perkara 152. Apa tu? Anda jangan ingat anda tak belajar undang-undang ,tak perlu tahu mengenai perlembagaan.

Jangan Tiru.
Aksi merbahaya seperti tu sepatutnya menjadi sempadan kepada kita semua. Memang best jadi terkenal ni. Tapi tolonglah jadi terkenal dengan cara yang betul macam sahabat saya Tuan Jibrail Fitrah. Seorang mahasiswa hebat. Beliau mampu jadi anak muda hebat dan terkenal tanpa perlu meletakkan nyawa beliau secara merbahaya.

Akui kesilapan
Macam kes ni, mereka sedar mereka telah melakukan kesilapan. Alhamdulillah dan telah menyerah diri kepada pihak polis. Cuma penulis rasa bangga sebab masih ada lagi pemuda dan pemudi yang akui kesilapan yang dilakukan. So, sebab tak de kehilangan nyawa(tak bermakna penulis sokong tindakan mereka), mereka dapat penghormatan dari penulis.

Kuasa media sosial
Kita berkuasa. Sebagai pengguna kita ada kuasa untuk menularkan berita dan maklumat yang kita terima. Kesannya dalam kes panjat “IPOH” ini, pihak berkuasa mula mencari mereka yang terlibat. Malah kawasan keselamatan seperti pagar juga penulis percaya akan diperkemaskan bagi mengelak kejadian seperti ini berulang. Jadi, semua pihak akan memberi fokus untuk menyelesaikan isu yang ditularkan oleh pengguna seperti kita bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan kita sebagai rakyat Malaysia.

Akhir kata, pemuda dan pemudi kita sebenarnya sangat hebat. Cuma mereka tidak tahu di mana harus dikongsikan semangat dan kehebatan mereka itu. Penulis percaya masih ada mahasiswa yang hebat sebenarnya di luar sana. Mahasiswa yang ingin berkongsi impian, harapan dan idea dalam menegakkan Islam di universiti masing-masing amnya dan di Malaysia ini khususnya. Kami di PEMBINA mengalu-galukan penglibatan anda bersama kami. Pemuda dan pemudi hebat perlukan kumpulan gerak kerja yang turut berkongsi misi dan matlamat yang sama barulah agenda besar yang telah dirangka dapat dicapai.

Wan Mohd Amir B Wan Mohamad Zaharuddin
Pengerusi Cawangan PEMBINA Dungun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top